Maimunah : Kenapa manusia tak suka berterus-terang yek?
Rafeah : Wey, ketiak ko busuk. (bercakap dengan mulut yang berbau)
Maimunah : Diam. (sentap. seminggu tak bercakap)
Apakah yang terpendam dalam sanubari Maimunah?
Sepanjang aku kawan Rafeah, tak pernah pun aku berterus-terang kata bau mulut dia busuk. Aku nak jaga perasaan dia sebagai kawan, aku sanggup tahan bau mulut dia. Kenapa dia tergamak berterus-terang kata bau ketiak aku busuk?
Aku : Maimunah, bersabarlah (klise giler.ffuu.) Maimunah, sebab wujudnya manusia macam ko la, ada segelintir manusia tak suka berterus-terang.
Maimunah : Fine..(sambil mecampurkan dua sudu Mayonis Lady's Choice ke dalam telur dadar yang ingin digorengnya)
Kemudian, Amalina berlalu pergi dan memasukkan kepala ke dalam 'Mesin Mengadu Domba' yang baru diciptanya. Setelah dua hari, mesin tersebut mengeluarkan kertas analisis yang bertulis seperti berikut :
Aku sebenarnya tak pasti orang ni tak ikhlas ke attention seeker..(dengan riak muka seorang ahli falsafah). Aku assume orang macam ni attention seeker. Tapi ni antara kategori manusia yang aku tak berminat di alam maya iaitu orang yang comment entri aku dan meninggalkan link menuju ke salah satu entri mereka yang tiada kaitan dengan entri aku. Aku klik kat nama bila korang comment tu pun dah boleh baca blog korang kan..so, lepak sudah. Tidak perlulah berusaha sangat nak letak link bagai-bagai. Siap link nak ajar macam mana nak buat blog jadi famous la bagai. Aku tak harap pun blog jadi famous. Kalau nak jadi famous pun, aku tak nak ikut cara ko. Lagipun ko tak perlu nak letak link sangat kat blog pencacai cam aku, traffic ko takkan naik mane pun. Aku tulis blog untuk suka-suka je, sebab tu aku berikan tajuk blog "Amalina & benda kecil", benda besar aku tak cerita kecuali pasal Jonet tu. Aku tiada niat nak komersialkan blog aku ke peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya :
Manusia memang pelbagai, aku juga termasuk dalam kepelbagaian itu. Sama ada ko adapt cara aku atau jangan kacau aku. Ia agak menjengkelkan bagi seorang yang social freak macam aku.
Sekian.(dengan mulut bau bawang putih)
P/S : Ini adalah antara benda kecil yang aku perbesarkan berikutan ia berulang kali berlaku.
Iklan :
Suara latar : Mesin tersebut telah diluluskan pihak SIRAM. Anda mungkin boleh terdedah kepada letusan ion-ion udara yang tidak dikehendaki setelah penggunaannya. Bagaimanapun, dinasihatkan menghindarkan ion-ion yang mengeluarkan bunyi 'POP' itu.
Imej : Seorang lelaki metroseksual yang bertahi lalat di tepi telinga kiri dengan tahi lalatnya diboldkan)
baa~ CAK!!
BalasPadamsiyes gua jatuh cinta sama lu.. gua suka gadis gaya kasar mcm lu.. nak jadi sekendel gua? hahaha
maaf, aku cendongkan sikit fikiran bila tengok kartun kau tu. ('_' )
BalasPadamhaha . follower ramai tapi entri macam cilaka tak pergi mana pun . tapi yang letak link entri tu aku pelik . tak pernah kena lagi ni .
BalasPadamazroy, ko dah jatuh cinta, kawen terus.(gelak lebih kejam tanpa bunyi haha)
BalasPadamnveil, dari ko cendongkan sikit fikiran, baik ko makan cendol. sila minta maaf bila perlu sahaja.
arep, ada. aku tak publish pun comment tu, aku delete terus. jadi tiada contoh untuk tatapan umum.