27.4.11

Mimpi

Masa aku kecil, aku pernah mimpi aku berada dalam sebuah hotel yang sedang terbakar.
Semua orang dah terbakar kecuali aku.
Aku nak telefon bomba, tetiba aku tengok wayar telefon tu dah terbakar.
Api marak disekeliling aku.
Baru je api tu nak bakar aku.
Tiba-tiba, mulut aku rasa coklat.
Aku terjaga dari tidur, rupanya adik aku sumbatkan coklat Toblerone dalam mulut aku.

Aku rasa mimpi paling seram yang aku ingat adalah aku kena pukul bertubi-tubi oleh sesuatu entiti yang halimunan tapi tiada siapa yang selamatkan aku.
Keluarga aku dan kawan-kawan hanya melihat dan ketawa sedangkan aku kesakitan dan berpusing-pusing dan terpelanting-pelanting.
Bila aku bangun, badan aku sakit macam semua tu betul-betul berlaku.

Aku juga selalu mimpi membela haiwan-haiwan yang mustahil untuk aku bela.
Antara haiwan yang pernah aku bela dalam mimpi adalah dua ekor gajah, ikan paus dan ikan lumba-lumba.
Itu sahaja yang aku ingat, tapi aku rasa macam ada lagi cuma aku tak pasti.

Aku tak berapa ingat mimpi aku hari ni.
Kadang-kadang je aku ingat ape aku mimpi.
Tapi yang aku ingat mimpi aku hari ni memang high tech.
Dalam bentuk kartun, ada robot-robot.
Lokasi dalam laut sehingga ke tepi pantai.
Aku berjumpa dengan haiwan-haiwan laut yang pelik.
Malah, kalau tak salah aku ada Power Ranger sekali dalam mimpi tu.
Bila aku bangun aku rasa seperti baru lepas menonton movie yang menyeronokkan.
Aku selalu mimpi dalam bentuk kartun walaupun aku tak menonton kartun sebelum tidur.
Mimpi hari ni adalah yang paling best dalam hidup walaupun au tak berapa ingat.
Kalau movie dalam mimpi aku tu jadi dejavu pun best jugak?
Sebab aku ingat benda terakhir aku cakap dalm mimpi tu adalah "Tak sangka cerita kartun Malaysia sepower ni".

Pernah tak mimpi kau berulang di alam realiti lepas tu kau rasa macam pernah berlaku je semua ni?
Aku pernah, selalu.
Kawan aku cakap "Kalau kau ingat mimpi kau selalunya ia tidak akan jadi dejavu".
Biasanya bila ia jadi dejavu baru aku teringat ia pernah berlaku dalam mimpi. hahaha.

Time tidur aku hari-hari dipengaruhi jet lag, imej bulan dan bintang dalam kartun di bawah adalah tipu.

Photobucket

7 ulasan:

  1. aku pernah pergi satu kedai dan rasa situasi yang sama. aku rasa roh aku dah pergi terjah tempat tu satu ketika dulu. kot la.

    BalasPadam
  2. aku pun pernah..tapi di satu bangunan..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27.4.11

    mimpi2 ni menarik. sebab kdg2 dapat buat benda luar alam yang kita tak akan dapat buat masa celik.
    seronok bila dapat igt mimpi lepas bangun. kdg2 tgh gosok gigi, berkerut2 sbb try ingat mimpi. sbb rasa mcm best je mimpi.
    mimpi takboleh lupa dari zaman kecik. kena tikam dengan kakak sendiri. dan memang bangun tu, rasa sakit kena tikam.

    BalasPadam
  4. mase kecik2 dulu aku slalu mimpi,
    masuk 1 bilik ni tetibe ada mangkuk tandas. dengan kelakian akunya, aku pun buang air suam kat situ.
    bila sedar,
    aiyokkk, tilam basah!

    BalasPadam
  5. hamitaf,extreme. mesti kau ade buat salah ngan kakak kau, kau cuak sampai ganggu dlm tido..

    hahah. kawan aku mimpi beranak, bgn tdo rasa macam sakit beranak.

    dale,haha.mase kecik aku pun slaloo mimpi tu.aku mimpi macam dah pegi toilet,rupenye aku tak pegi.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama5.8.11

    orang kata kalau mimpi buang air ( beso ke kecik ke ) tandanya ada fitnah akan datang

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama, aku penah mimpi buang air mase kecil je..kalau masa tu fitnah datang pun aku tak pernah sedar.haha!masalah aku masa tu cuma pemadam hilang, kaler hilang..

    BalasPadam