24.4.11

Jumpa

Selalunya bila aku jumpa orang yang aku kenal kat mana-mana, aku menyorok kalau sempat. 
Lagi-lagi kalau jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa.
Sebab aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. 
Kalau tiba-tiba terserempak depan aku, aku selalu bagi reaksi yang janggal.

Pernah sekali, aku nampak budak sekelas aku masa form 3 dari jauh.
Aku menyorok buat-buat tengok seliper.
Setelah beberapa bulan, aku terserempak lagi dengan dia depan-depan di tempat lain, tak sempat menyorok.
Dia tanya, " Hari tu aku nampak kau, kau buat-buat tengok seliper yek?"
Aku, "Aku ingat kau tak perasan.."

Awkward giler dan memalukan.
Aku gergasi kot, menyorok belakang trailer pun orang nampak.

Aku pergi farmasi.
Juruwang tu kata, "Hi!!"(dengan muka excited)
Aku balas balik, "Hi." (dengan muka awkward)
Dia tanya "Ingat tak?"
Aku balas "Tak.."
Dia kata "Ermm..takpela.."(muka kecewa)
Memandangkan ramai pelanggan yang sedang beratur di kaunter pembayaran tersebut, aku pergi sahaja.

Terukkan aku..haha!

Photobucket

5 ulasan:

  1. Sorok-sorok nantu kena sorok dengan orang bunian...

    Baru langsong tak jumpa orang teros..!

    BalasPadam
  2. ok, anda kejam.

    BalasPadam
  3. gua slalu buat.. haha..

    BalasPadam
  4. mungkin kau patut cuba macam ni :

    *sengih*
    *gerakkan muka secara perlahan-lahan kekanan*
    *ketip mulut dan senyum lagi*

    BalasPadam
  5. aku akan berlatih nanti.

    BalasPadam