Bergantung kepada kepada individu nak sangka apa pun.
Hari ni aku menyikat rambut lagi.
Sikat tu terpelanting lagi.
Otak kanan : Kali ni tak bersebab pun sikat jatuh kan?(dengan nada memerli otak kiri)
Otak kiri : Aku timbulkan persoalan je semalam, bukan aku memberi fakta. Tapi bagi aku la kan..adakalanya setiap yang berlaku memang bersebab.
Otak kanan : Eleh..sebenarnya aku saje je nak tengok jawapan ko, memang bersebab pun, sebenarnya sikat tu jatuh sebabnya ko la, lembab!!
Otak kiri : Pahal pulak aku?!
Otak kanan : Sebab ko yang kawal semua anggota kanan dia. Dia sikat rambut guna tangan kanan, kalau asyik jatuh je, ko la penyebabnya, ko tu lembab!tak reti mengawal!!
Otak kiri : Ko tuduh aku pulak, memang aku mengawal..Tapi ko tu langsung tak berfungsi, ko tak kawal seni menyikat dengan betul, tu la sikat tu jatuh.
Otak kanan : Ko dah salah, nak cari salah aku pulak!
Aku : Dah! jangan gaduh! Dua-dua tak salah, sikat tu yang licin, lagipun tekstur tangan aku halus dan juga rambut aku macam dawai sebab tu sikat tu jatuh. Dah puas?!
Otak kiri & otak kanan : (senyum)
P/S : Aku bukan skizofrenia cuma aku mendengar mereka bergaduh.haha!
Pengajaran :
1. Setiap yang berlaku bersebab walaupun anda tak nampak sebabnya ketika itu. Sekiranya anda merasakan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab ianya kerana pada ketika itu anda bodoh untuk memikirkan sebabnya.
2. Oleh kerana setiap perkara bersebab, maka setiap perkara juga mempunyai akibat. Hubungan akibat dan sebab adalah seperti hubungan anda dan air, dimana disebabkan anda haus, anda minum air mengakibatkan anda kencing
3. Menyalahkan benda yang bukan hidup lebih mudah daripada menyalahkan benda hidup kerana ia tidak bersuara untuk menegakkan keadilan. Contohnya menyalahkan sikat.
Sikat : Dah la aku terpelanting jatuh, sakit tau!Pastu sedap-sedap je salahkan aku. Kalau ko pegang aku betul-betul kan mesti aku tak jatuh..
Ok, tak.
Benda bukan hidup juga boleh bercakap. Jadi, lebih baik kongsi rasa bersalah bersama-sama kerana ia lebih adil.
Otak kanan : Buat ape nak kongsi rasa bersalah, aku tak salah pun.
Aku : Dah ar..benda kecik je..aku bukan nak hukum korang pun..lepak sudah..
aku baru je beli sikat 50 sen tadi. dahlama tak sikat rambut. hehehe
BalasPadamko bely kat ne?tak penah aku jumpe sikat 50sen..gune tulang ikan lagi bagus.
BalasPadamrendam je dowg tu dalam besen. kah kah kah ;p
BalasPadamoportunis terlihatkan disini..=)
BalasPadamtipikal sangat nak guna tulang ikan
BalasPadam