17.3.11

Percaya tak?

Sekarang blog aku dah ada hiburan. Fuyoo!!
Sekarang anda dah ada sebab untuk anda :
1. Beli speaker baru, kalau speaker yang bersambung dengan komputer anda rosak.
2. Beli earphone baru, kalau earphone sedia ada sudah rosak atau gagal berfungsi sepenuhnya.
3. Hantar repair internal speaker laptop anda yang rosak ke kedai berdekatan rumah anda, berjauhan pun takpe, asalkan repair.
4. Tekan mute bila nak baca blog aku.(kalau bace la).

Di sini aku bagi lirik lagu sekali, mari kita raikan kejayaan ini!Ok, tutup lampu. Put your hand in the air!Dapatkan feel masing-masing!Mari nyanyi bersama-sama!(menjerit di atas pentas, di dalam sebuah dewan orang ramai yang kosong)

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum ngantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah-gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


Malam semalam gundah-gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali


(Lagu habis)

Seorang pak guard lalu sambil berkata dalam hati,"Dia ingat dia tu sape??Frensiska Piter?!"

Aku dedikasikan (sambil bercakap dengan penuh dedikasi) lagu ni kepada kawan saya, Abidah (kitorang mase sekolah dulu sama-sama jadi pengawas perpustakaan. yang ni perlu ke bagitahu?) sebab macam ada puji aku di sini. Maaf, aku takde duit nak belanja ko, tadi bapak aku bagi RM 10, aku rasa cam nak beli top up. Kalau ko pakai Celcom boleh gak aku share topup RM1. Ko pakai 014 kan..ermm..(paham-paham la).

Photobucket

10 ulasan:

  1. wah ade hiburan dah die..
    (aduuuh comelnye blog kau..)

    BalasPadam
  2. hiburan biasa-biasa saja..
    ko pun comel jugak..

    BalasPadam
  3. lagu ape ni, aaaa x reti laaa

    BalasPadam
  4. chillax, jangan risau.
    ni mesti ko tak bukak sound speaker.ko bukak sound,nyanyi sekali dengan lagu yang kedengaran. kalau tak dengar gak, beli speaker baru.

    BalasPadam
  5. tpaksala aku ngaku best pulak lagu nih, tpnye apa nama lagu ni? sapekah penyanyinye?

    BalasPadam
  6. mati hidup kembali dinyanyikan butterfingers.

    BalasPadam
  7. weyh, mane ko taw aku layan lagu cam gini... best3... seronok... bangge... yeah!!! nama aku ade dalam post ko... belanje dalam fesbuk je ah.... hahaha

    BalasPadam
  8. ko suke yek lagu ni??aku nak delete ar..haha(gelak psiko)

    BalasPadam
  9. eleh, berkira... kedekut... cube rase sendiri... taik idung ko masin kan? kan? kan?

    BalasPadam
  10. baru lepas rasa.lemak manis..

    BalasPadam