24.3.11

Tiada tajuk

Kira-kira 3.51 pagi waktu Malaysia, aku masih bernyawa dan dalam minda sedar tanpa sebarang pengaruh dadah. Aku biarkan tiga buah buku teks adik yang telah aku balut berlemparan di atas lantai, mak suruh balut sebab adik aku kata esok cikgu dia nak periksa. Teringat perasaan aku masa pegang selotape tadi. Kadang-kadang aku menemui jalan buntu masa pusing-pusing selotape sebab tak jumpa hujungnya. Kadang-kadang bila aku dah jumpa hujungnya, aku tarik ia terkoyak menyerong. Macam hidup pulak selotape ni, bila kita pusing-pusing cari yang kita perlukan, kita tak jumpa. Bila kita jumpa yang kita perlukan adakalanya tidak seperti yang kita jangkakan. Kan?(Tak?ok, fine..aku je kot fikir camtu)

Ko buat apa lagi Amalina sampai tak tidur??

Aku downloadkan movie untuk adik aku. Tadi tetiba dia baik-baik ngan aku kemudian berkata "Along..tolong downloadkan movie, cita ape-ape je la..Acan bosan la kat tempat kerja tu..". 
Maka aku pun downloadkan cerita The Saw I, dia tak pernah tengok. Aku download la.
The Saw ni aku dah khatam dah dari 1-6. Aku khatamkan sekaligus 1-6, kalau tak salah aku dari malam ke pagi kot, aku tak tido tengok movie je. Setelah menghabiskan satu hardisk movie tanpa tidur, aku keluar dari bilik, kawan-kawan aku bertempiaran lari ketakutan. Aku bertukar menjadi zombie. Aku pergi menerkam kawan-kawan aku untuk memakan otak mereka. Mereka mengigil ketakutan. Aku mencekik seorang kawan aku dan memakan otaknya. Kawan yang lain menyaksikan kejadian itu berpelukan sesama sendiri. Setelah aku memakan otaknya, aku muntah di dalam mulut salah seorang kawan aku yang lain pula. Keadaan menjadi semakin genting. Tiba-tiba, muncul pelangi dengan warna yang sangat kilau, cahayanya membakar kulit aku dan membentuk sinar-sinar bak berlian yang memukau..seminit kemudian aku pengsan. Sedar-sedar sahaja,sudah malam semula. Aku keluar dari bilik mendapatkan kawan-kawan yang aku serang tadi, mereka dalam keadaan sihat walafiat sambil menonton televisyen. Aku lega bila aku tahu ia hanyalah sebuah mimpi ngeri. Aku pergi mandi. Sedang mengosok lidah mengunakan berus gigi Colgate 360 dengan pembersih lidah, tiba-tiba, keluar daging-daging kecil dari mulutku. Jantungku berdegup kencang. Tiba-tiba, aku rasa nak muntah, aku pergi ke jamban. "Uweeeek!",keluar sepasang otak dari mulutku. Aku terpaku melihat otak yang terkapai di atas mangkuk jamban yang putih mulus itu. Tiba-tiba, otak itu bersuara, " Otak ko!mengarut gila ar cite ko ni, orang gila pun takkan percaya!". Disebabkan aku panik, aku telah flush otak tersebut ke dalam jamban. 

Aku pernah termuntah dalam baju ketika menonton filem berunsur cannibal.(So what??)
Kawan aku kena tunggu aku mandi kejap selepas itu kitorang sambung tengok cerita tu balik.

2 ulasan:

  1. Kau memang rare ah babe. Sumpah aku suka blog kau.

    BalasPadam
  2. aku tak rare pun, aku buat-buat rare.
    terima sebab suka(sambil minum air kelapa).wey, aku tengok blog ko, teringin plak aku tukar theme itam, aku rase background sekarang cam terang sangat.

    BalasPadam