Setelah terdedah dengan radiasi tahap 4 akibat letupan loji nuklear di Jepun, aku telah merasakan beberapa perubahan berlaku, yang baru sahaja aku kesan pada pagi tadi. Memandangkan Jepun dan Malaysia berkongsi ruang atmosfera yang sama, makanya aku tidak terkecuali daripada mengalami kesan-kesan radiasi antaranya:
1. Bangun awal pagi tanpa rasa ngantuk walaupun tidur selewat empat pagi.2. Mutasi sel sehingga menjadi seorang yang rajin secara mendadak.
3. Keteguhan medula oblongata.
4. Bersarapan pagi, berbanding bersarapan tengahari sebelum radiasi berlaku.
5. Perkembangan neuron yang mendadak sehingga membentuk percikan api yang mengeluarkan bunyi "pop".
Sekian,
Itu saja kesan radiasi yang aku dapat rasakan buat masa ini.
yang no 5 tu merujuk kepada angin pus pus ke hape?
BalasPadambenda pelik jangan tegur.bahaya.
BalasPadamkah3..radiasi yg sedikit terok aku rasa..jgn lupa amek byk iodin..:p
BalasPadamaku telah berubah menjadi hantu mutant.
BalasPadam