OCD merujuk kepada Obssesive Compulsive Disorder. Sebelum anda memulakan pembacaan ingin diingatkan di sini, entri ini mungkin agak serius dan boleh mengundang undesirable judgement. Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah menerima fakta yang setiap manusia adalah berbeza dan tersendiri di atas sebab tertentu, lebih baik anda jangan teruskan pembacaan. Harap maklum.
Pada malam hari, bila aku dah baring atas katil, ada 2 perkara yang akan ganggu fikiran aku iaitu:
1. Perasaan ragu-ragu samada pincu gas kat dapur tu dah tutup ke belum.
Aku kene pegi dapur dan pastikan yang pincu gas betul-betul dah tutup. Bilik aku kat tingkat atas, dapur kat tingkat bawah, tu la kenkadang aku malas nak turun untuk check. Tapi bila aku berkeras dan melayan rasa malas aku tu, aku asik terbayangkan tong gas meletup, rumah terbakar dan aku mati. Jadi aku selalu paksa diri aku untuk check jugak pincu gas, kalau tak aku tak boleh tidur dengan tenang.
2. Aku rasa cam kipas tu pusing laju sangat.
Aku asyik bayang kipas tu jatuh atas badan aku dan kepak kipas tu siat-siat otak aku. Otak aku tak berhenti fikir camtu sampailah aku kurangkan kelajuan kipas. Aku terpaksa buat camtu walaupun aku rasa panas, kalau tak, aku rasa tak tenang nak tidur.
Pada waktu siang, ada juga beberapa perkara yang menganggu aku:
1. Aku rasa tak selamat.
Bila aku berada di sebuah tempat (tak kiralah bilik ke bangunan ke) yang membolehkan aku nampak bangunan-bangunan bersebelahan secara terus menerus. Aku rase ade orang nak tembak aku. Jadi kene tutup tingkap dengan langsir baru aku rasa selamat sikit.
2. Bila aku mandi, aku mandi banyak kali, gosok gigi banyak kali.
Aku asyik rase tak cukup bersih kalau berus sekali. Aku selalu gosok badan kuat-kuat sampai scrub ball tu terbukak. Sebab tu la aku mandi berjam. Ade orang kate aku rase aku tak bersih sebab kulit aku itam so, aku nak mandi sampai jadi putih. Tapi aku rasa tak, aku memang rase tak bersih sebab tu aku selalu mandi lama sampai tangan kecut-kecut cam asamboi.
P/S : Dia perlukan doktor sakit jiwa untuk merawat semua simptom berikut sebelum lebih meruncing.
Kita semuanya sekurang - kurangnya mempunyai potensi untuk 'gila'.(Zahiril Adzim, 2008)
ien,aku pon sama mcm ko..klu nak kuar tu aku mesti pastikan dapur gas dah ditutup,klu tak aku akan tgk dapur gas tu berkali2.
BalasPadamyang ke-2,aku pastikan iron dah switch off.klu nak kuar aku mesti check balik iron aku tu dah tutup ke belum.
rupanya bukan aku sorang yg menghadapi situsi spt ni...hahahha
aku rase ramai kot camnie..tapi aku panas ati cuz bende ni kacau aku tidur..
BalasPadamperasaan ragu2 tu mmg selalu mengganggu aku. yg plg selalu ialah dah kunci kereta ke belum
BalasPadamaku paling tak suka bila aku terpaksa kurangkan kipas semata-mata sebab takut kipas tu himpap aku.
BalasPadamwah mungkin kau kena pasang ekon dalam bilik kau
BalasPadamtak perlu kot..aku xnk kulit kering.
BalasPadam