15.3.11

Soalan ke tu?

Aku tak suke orang tanye aku seperti berikut :

1. "Buat ape tu?"
Kalau ko depan aku, ko mesti nampak aku tengah buat ape kan.. Kalau aku tengah buat benda susah-susah ok la gak nak tanya aku buat ape..tapi aku tengah makan pastu tanya "buat ape tu?". Buta ke??..lagi satu, memang biasa sangat orang tanya "watpe tu?" dalam mesej. aiii..panas hati betul aku kalau dapat soalan camni, memang malas aku jawab. Suke ati aku la nak buat ape, buat ape ko nak tahu. Kalau la ko tanye tetibe time aku tengah berak, ko ingat aku nak bagitau aku tengah berak ke? Mungkin soalan "buat ape tu?" perlu dimansuhkan dan digantikan dengan "ko busy tak?" atau terus straight to the point ape yang ko nak cakap. 

2. "___________(aktiviti yang dah terang-terang depan mata) ke?"
Contohnya aku tengah masak, pastu kawan aku datang tanya "masak ke?" atau aku tengah study, kawan aku datang tanya, "study ke?".Perlu ke aku jawab soalan macam tu?. Ade lagi soalan yang menjekelkan, aku duduk lepak sorang-sorang kat kedai tetibe terserempak dengan budak aku kenal, die tegur aku, "Sorang je ke?".Bazir air liur aku la nak jawab soalan camnie. 

Tiada soalan yang bodoh, yang ada hanya orang yang bodoh.(Tanpa Nama)
Aku bukan kata soalan kat atas tu bodoh cuma aku malas nak jawab tapi kenkadang aku jawab la setakat satu perkataan,tak luak mane pun.

Teringat aku kat cikgu Kimia aku mase tingkatan 5, dia kata "Awak ni suka tanya soalan bodoh, jangan tanya lagi". Serius, aku memang tak faham ape aku tanye tu, pas dia cakap camtu, aku tak tanye dah. Aku tak berminat pun nak dengar die mengajar. Merujuk kepada quote di atas, siapa yang bodoh sebenarnya? Ok..aku bodoh sebab tak push cikgu tu untuk jawab soalan bodoh aku, membuatkan die terus anggap aku bodoh padahal aku rasa die yang bodoh sebab tak dapat jawab soalan bodoh aku. Anyway, aku tak ingat pun soalan ape aku tanye tu, betul ke bodoh?

Pernah tak korang jumpe orang yang mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Mengeluarkan pertanyaan berterusan cam penyibuk.
2. Gelak yang menjengkelkan.
3. Mempertikaikan segala yang ada pada korang padahal dia tak bagus lansung.
4. Sangat menjengkelkan.
Pernah tak??
Aku pernah, aku memang tak boleh handle orang camnie, aku takut aku terbunuh orang camni.
Kalau korang tak pernah jumpe orang camnie, aku perkenalkan korang dengan "Buah Oren Yang Menjengkelkan".
Selamat berkenalan.
Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan