10.3.11

"Akak-akak"

Mungkin ramai di antara adik-adik di luar sana yang mengalami krisis personaliti. Ya, memang sesuatu yang normal bagi para remaja untuk bergelut dengan krisis personaliti. Antara personaliti yang menjadi kegilaan ramai adalah gaya "akak-akak" kerana penerimaan masyarakat adalah memberangsangkan terhadap personaliti ini. "Akak-akak" di sini tidak bermakna anda perlu menjadi kakak angkat atau anak pertama atau dipanggil kakak oleh adik kandung mahupun dipanggil kak long oleh penjual air soya di pasar malam. Kesimpulannya, sesiapa sahaja berpotensi menjadi "akak-akak"(perempuan je la). Walau bagaimanapun, kalau buat research dan data dikumpul mengunakan kaedah snowball sampling, kebarangkalian menjumpai "akak-akak" adalah sangat tinggi.

Di sini, "akak" nak kongsi tips bagaimana adik-adik semua boleh meng"akak"kan diri:

1. Gaya

Sopan selalu, tak kiralah dimana anda berada pastikan sopan. Even korang bukan jenis sopan, cuba berlakon  yang korang sopan. Bila ada kawan-kawan korang gurau kasar, jangan mudah marah, sapa mereka dengan lembut, "tak baik taw awak ni"(sambil gelak kecil dan menutup mulut).

2. Di Facebook.

Profile picture ni ibarat book cover. Bak kata pepatah "Judge book by it's cover". Jadi, pastikan profile picture korang betul-betul fokus kat muka korang. Korang boleh pilih nak letak picture korang yang korang amik sendiri gune camera hp yang penting amik dari angle atas, mata bagi nampak besar sikit, mulut bagi muncung sikit, baru kiut. Sekali sekala, tukar gambar profile korang dengan gambar korang bersama boifren dalam kereta. Kalau boleh, suruh boifren u'oll pakai shade, baru nampak macam "abang-abang". Semestinaya, "abang-abang" perlu disamping "akak-akak". Kalau amik gambar dengan rakan-rakan pulak, tolong kawal diri, senyum sefake mungkin kerana kemungkinan besar untuk kawan anda tag gambar anda di Facebook adalah tinggi. Jangan cemarkan gaya "akak-akak" anda dengan pose-pose yang tidak biasa anda lihat pada "akak-akak" lain. Selalulah post status yang berbunyi seperti "Awaklah kekasih saya selamanya..", "Sampai hati awak buat saya camnie.."..maksud aku, post yang cuma ada kaitan dengan hubungan peribadi korang dengan bf korang. Hal ini supaya semua kawan-kawan korang notice yang korang ni belong to someone in dis world. Paham?! Setiap "akak-akak" mesti ada album dalam akaun facebook yang bertajuk : wif my hubby atau my bf atau my ucuk cayunk.

3. Apabila lepak bersama kawan-kawan / keluar ke pasaraya.

"Akak-akak" suka pakai selipar tebal a.k.a wedges(bukan kentang tu, bukan cheesy wedges). Korang boleh beli kat pasar seliper tu, sepuluh ringgit. Lagi tebal seliper, lagi tinggi level korang sebagai "akak-akak". Kalau lepak bersama kawan-kawan plak, act sesopan yang boleh, bila ade group laki meja sebelah cam usha-usha, cover cun, buat muka cam cantik walaupun rasa tak cantik. Bila berjalan, bontot tu bia tinggal, biar semua yang melihat menyanyi "dia datang dengan lenggang-lenggoknyaa~".

4. Ke kenduri perkahwinan.

Make up mesti tebal, yang paling penting saudara-mara dan kawan-kawan mesti boleh nampak warna eyeshadow korang. Warna bedak mesti empat tona lebih cerah dari warna tangan korang. Kalau korang free hair seeloknya pakai subang panjang, kalau tak panjang cari yang berkilau, kalau dah berkilau, biar besar, yang penting orang nampak. Yang bertudung plak, pakai tudung bawal yang bermanik keliling tu, kalau malas nak iron sangat pakai tudung sarung yang bermanik-manik. Lagi banyak manik, lagi berkilau, lagi "akak". Baju plak, lagi kilat lagi bagus, corak bunga bagi "besar punye" ala kain langsir umah Mak Jah, lagi bagus. Untuk menjadi "akak" yang berjaya, say no to cotton fabric. Warna kain baju plak, lebih menyerlah lagi bagus. Agak-agak body cantek, pakai la kebaya. Agak-agak body tak cantek, pakai la gridle., sumbat semua lemak tu bagi jadi padat maksimum. Jangan lupa pakai high heel tinggi, yang hujung tajam tu. Lagi tinggi, lagi "akak".

5. Ke tempat kerja/ kelas.

Don't ever go out without make up. Bawak make up beg ke mana-mana, touch up selaloo. Bila muka tak berminyak, jerawat tenggelam dalam bedak padat barulah "adik-adik" respect. Pakai high heel atau wedges tinggi hari-hari, walaupun kaki sakit. Set dalam otak "beauty is pain" makanya, bila korang jalan terhenjut-henjut akibat terseliuh atau melecet sebenarnya korang kelihatan sangat beautifool. "Akak-akak" la katakan..

6. Blog "akak-akak"

Hiburan adalah kemestiaan di blog "akak-akak". Maka, lagu-lagu terhangat di radio, lagu terbaru peserta Akademi Fantasia adalah kemestian di blog "akak-akak". Penuhkan blog anda dengan gif imej yang berkilau dan untuk lebih "akak" masukkan effect daun-daun jatuh atau hati berterbangan bak hujan. Ceritakan segala yang berlaku dalam hidup korang, upload gambar sekali. Baru nampak yang korang adalah "akak-akak" yang ada life.

Kepada semua "akak-akak" wannabe,semoga berjaya!
(dengan nada yang sangat menghanjing)
Motif??
P/S : Aku dah lama pendam ilmu ni, elok jugak aku berkongsi.
Photobucket

3 ulasan:

  1. wahhaha... kelakar! "akak" memang terbaek!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11.4.11

    god job akak-akak!post paling power penah aku baca

    BalasPadam
  3. terima kasih - terima kasih.
    mungkin sebab aku menulis dengan hati yang luhur.XP

    BalasPadam