Bila nampak perempuan yang :
Eyeshadow tebal dan pekat. abah akan cakap, "Kene tumbuk ke apa mata dia tu".
Muka berbedak tebal. abah akan cakap, "Kene langgar tepung ke apa dia ni".
Pakai bulu mata palsu. abah akan cakap, "Mata ada bumbung".
Blusher merah sgt, abah akan cakap, "Kene tampar ke apa dia ni".
Rambut diwarnakan, abah akan cakap, "Mase keluar rumah kene karat air atap".
Pakai baju seksi, abah akan cakap, "Miskin..tak cukup kain".
Lagi..
Kalau tengok orang joget-joget dalam televisyen, abah akan cakap,
"Bontot dia kena gigit kerengga ni..tu la tak boleh duduk diam".
Aku pasang lagu rock dengan kuat, abah akan cakap,
"Ni kalau letak kat sawah padi mesti burung sume lari.."
Hahah!
Abah aku memang agak sarkastik.
Aku pernah rasa macam budak dalam video ni rasa..
Abah aku tak balik dua hari.
Aku dan keluarga risau gila, lagi-lagi bila telefon bimbit abah aku tidak diangkat.
Caller ringtone abah aku masa tu lagu Kau Pergi yang dinyanyikan Aizat,
lagi menyedihkan keadaan.
lagi menyedihkan keadaan.
Akhirnya, ayah aku dijumpai di hospital dan cedera akibat kemalangan.
Gegaran dibahagian kepala akibat kemalangan itu menyebabakan abah kehilangan memori.
Tapi sesampai sahaja aku di hospital, abah tanya aku, "Along, bila sampai?"
Abah ingat aku.

sadis...kes langgar lari ke apa?
BalasPadamabah ko hilang ingatan ? cume ingat ko je? wauuu~~
BalasPadampak lang, yup..langgar lari.orang tu cuak nak report polis,tapi at least pihak hospital sepatutnya hubungi family.
BalasPadamajie_harini, mase mule-mule je dia banyak tak ingat sekarang ok sikit..
kau mulekan dengan baik dan kau berakhir dengan baik. Tahniah.
BalasPadamterima kasih tapi aku tak rasa aku akhirkan dengan baik.
BalasPadamah, harap doktor ja ramai tp bangang jugak hospital ni kadang2 ye dak
BalasPadambtw, bersyukurlah kerna semuanya selamat :)
rasa sayu pulak.
BalasPadampak lang, yang paling baggang bila dapat balik telefon bapa akum ada beratus miskol dari kami sekeluarga.telefon itu disimpan pihak hospital, takkan semua doktor dan jururawat di hospital itu pekak.a, syukurlah selamat.
BalasPadammirachantek, aku saja campurkan pahit dan manis supaya lebih berasa.
rindu abah..:(
BalasPadam