Pagi tadi aku mahu pakai baju berwarna ungu
tapi aku tidak menjumpai baju itu.
Setelah puas mencari, aku pun berputus asa.
Aku ambil baju berwarna coklat,
kemudian aku tarik tudung kuning.
Terkeluar pula baju ungu yang aku cari tadi.
Kesimpulannya,
kadang-kadang kita perlu cari sesuatu yang lain
untuk mendapatkan sesuatu yang kita benar-benar cari,
mungkin ia adalah penghubung atau titik tuju atau petunjuk
atau apa saja kau panggil ia asalkan kedengaran seperti sesuatu.

aku sedang bersedih ni. jadi aku datang page ko yang selalunya dapat buat aku sengih.
BalasPadamdan ini adalah sesuatu.
'ini adalah sesuatu'
BalasPadamkau perli aku kan?
entah.
BalasPadambagi aku, entri ini adalah sesuatu sbb buat aku sedar bahawa sesuatu itu datang dalam pelbagai bentuk random.
ko sedar sesuatu kerana tudung kuning itu, aku sedar ini adalah sesuatu bila kau mention the word petunjuk etc...
lalu buat aku sedar bahawa aku juga telah mengalami sesuatu. dan sesuatu itu tidak akan aku sedari jika tidak melihat entri ini.
fuhhh banyaknya sesuatu
oh,baguslah kalau begitu..
BalasPadam