Ada tiga perkara aku mahu beritahu.
Pertama.
Dulu aku beli VCD cetak rompak cerita Spirited Away,
tapi tiada sarikata, jadi aku pulangkan balik.
Aku seorang yang malas memuat turun cerita,
walaupun internet di sini berkelajuan tinggi.
Aku seorang yang malas memuat turun cerita,
walaupun internet di sini berkelajuan tinggi.
Kini aku boleh menonton cerita itu dengan
Kedua.
Masa mula-mula aku tinggal di habitat baru ini,
yang juga adalah habitat sekumpulan cicak yang
mempunyai keyakinan yang tinggi
untuk berdepan dengan manusia,
aku sangat ketaq lutut.
aku sangat ketaq lutut.
Bila setiap hari dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini,
aku terpaksa berdepan dengan cicak,
aku dapat rasakan fobia itu sudah berkurangan.
Aku tidak lagi memberus gigi dengan menggeletar ketakutan.
Tapi rasa geli masih ada.
Ketiga.
Campurkan cuka yang sama banyak dengan air
yang kau kehendaki.
Ia boleh dijadikan sebagai pencuci kaca.
Aku buat tadi, berkesan.
Keempat.
Aku deactivate akaun burung biru
tanpa sebab.
Cuma rasa ia tidak diperlukan.
Kelima.
Lagu Yuna yang tajuk Decorate asyik
terngiang-ngiang dalam kepala aku sejak
seminggu yang lalu, aku sendiri pun tak tahu kenapa.
Hari ini aku buat sesuatu untuk memberhentikannya
iaitu buka Youtube untuk dengar lagu itu.
Harap lepas ini lagu itu berhenti berputar
dalam kepala aku.
Maaf,
bukan tiga tapi lima.





pengaruh politikus
BalasPadamhahah!takde kaitan kot..
BalasPadampatut tak nampak kau di twitter
BalasPadamaku dah tahu kenapa aku deactivate twitter,aku menyampah dengan diri aku yang sibuk nak tulis kat twitter ape je yang terlintas dalam kepala aku macam satu penyakit.i'm just sick of myself, dat's all..
BalasPadamsama dgn kes aku la ni. aku pun da lama tak on.
BalasPadambila aku bukak, mungkin ada satu bijik yg aku tweet kan.
aku ada rasa satu perasaan nyampah pula bila org lain even stragers juga, baca thoughts ngarut2 aku.
-m
ohh okay baru tau acc dah deact.
BalasPadamaaa tapi kenapaaa.
btw secara kebetulan (sumpah) sedang dengar playlist a7x sambil baca blog akak. gila rindu. benci.
rindu puteri jugak!!!dah ar tak dapat pegi puteri kawen..
BalasPadambapak ar comel, dah pregnant!!