Aku sedar yang aku takkan tepuk tangan jika hiburan
depan mata aku itu tidak cukup untuk menghiburkan aku.
Aku juga sedar yang tekak aku akan rasa nak muntah
bila orang yang menyanyi itu seorang lelaki lembut,
tidak kiralah sedap mana pun suaranya.
Aku sedar yang walau comel mana sekalipun
seekor anak kucing itu, kalau asyik berak merata
dan kau kena bersihkan, kau takkan rasa ia comel.
Aku sedar yang sejak duduk berjauhan dari rumah
aku rindu untuk cium mak aku sebelum masuk tidur
sepertimana yang aku praktiskan sejak kecil.
Aku sedar yang setiap kali aku mendengar alunan piano
aku akan membayangkan penari ballet sedang menari dan juga
jika alunan piano itu sangat mengkhayalkan,
roh aku seperti terbang sekali(melampau).
roh aku seperti terbang sekali(melampau).
Aku sedar yang sebenarnya tak susah pun untuk senyum
pada orang yang tidak dikenali, cuma perlu tolak mulut
menjadi lebih lebar, ketepikan keikhlasan.
Aku sedar Spotify sangat best.
Aku sedar yang kosakata bahasa
dalam otak aku hanya sedikit selepas peristiwa ini ;
Situasi : Bila naik bonggol jalan, kereta jejak bonggol
dan berbunyi "Shreett"(lebih kurang begitulah) di bawah kereta.
Sara : Kita semua dah gemuk-gemuk..
Aku : Jgn salahkan diri, salahkan bendul sebab tinggi sangat.
Sara : Bukan bendul la, bonggol! Bendul kat pintu..
Aku : Yang kat pintu tu jendul.
Sara : Jendul kat kepala ar.
Aku : Eh, yang kat pintu tu tombol.
Jijah : Bukan bendul tu bodoh ke?
Dan perbincangan itu berlarutan
sehingga tiba ke destinasi yang dituju.
Malas aku ceritakan semua kebodohan aku.
Sedikit cukuplah.
Aku baru sedar ketika menulis post ini
rupanya hari ini adalah hari Jumaat.
Banyaknya kerja yang aku tak siapkan lagi.
Ok!
Bai!
Harap kau sedar betapa stailnya cara aku
membabai sehingga sanggup merelakan diri
di atas permukaan yang tidak stabil.

mungkin ada sesuatu yang hang tak sedar
BalasPadamaku sedar yang banyak lagi yang aku tak sedar..
BalasPadamas usual, emoticon kau selalu bikin aku perati lama lama.
BalasPadamaku sedar yang aku benci gila ngn ulat kat bawah page ni
BalasPadam-mira
HYDE, peranti lama-lama takpe cuma jangan sampai bernafsu
BalasPadammira, aku pula sedar yang aku suka bila ada orang bencikannya..
hahahahha. seriusly akakk?
BalasPadamyela,mesti ar serius..akan kan seorang yang serius pada kebanyakkan masa
BalasPadam