11.4.13

Tiga

Ada tiga perkara aku mahu beritahu.

Pertama.
Dulu aku beli VCD cetak rompak cerita Spirited Away,
tapi tiada sarikata, jadi aku pulangkan balik.
Aku seorang yang malas memuat turun cerita,
walaupun internet di sini berkelajuan tinggi.
Kini aku boleh menonton cerita itu dengan
sarikata di sini.
 photo skippy-1.gif

Kedua.
Masa mula-mula aku tinggal di habitat baru ini,
yang juga adalah habitat sekumpulan cicak yang
mempunyai keyakinan yang tinggi 
untuk berdepan dengan manusia,
aku sangat ketaq lutut.
Bila setiap hari  dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini,
aku terpaksa berdepan dengan cicak,
aku dapat rasakan fobia itu sudah berkurangan.
Aku tidak lagi memberus gigi dengan menggeletar ketakutan.
Tapi rasa geli masih ada.
 photo q_wave.gif

Ketiga.
Campurkan cuka yang sama banyak dengan air
yang  kau kehendaki.
Ia boleh dijadikan sebagai pencuci kaca.
Aku buat tadi, berkesan.
 photo scalp_massage.gif

Keempat.
Aku deactivate akaun burung biru
tanpa sebab.
Cuma rasa ia tidak diperlukan.
 photo desismileys_6759.gif

Kelima.
terngiang-ngiang dalam kepala aku sejak
seminggu yang lalu, aku sendiri pun tak tahu kenapa.
Hari ini aku buat sesuatu untuk memberhentikannya
iaitu buka Youtube untuk dengar lagu itu.
Harap lepas ini lagu itu berhenti berputar
dalam kepala aku.
 photo tuzki-uyek-1.gif

Maaf,
bukan tiga tapi lima.

7 ulasan:

  1. pengaruh politikus

    BalasPadam
  2. hahah!takde kaitan kot..

    BalasPadam
  3. mirachantek15.4.13

    patut tak nampak kau di twitter

    BalasPadam
  4. aku dah tahu kenapa aku deactivate twitter,aku menyampah dengan diri aku yang sibuk nak tulis kat twitter ape je yang terlintas dalam kepala aku macam satu penyakit.i'm just sick of myself, dat's all..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama15.4.13

    sama dgn kes aku la ni. aku pun da lama tak on.

    bila aku bukak, mungkin ada satu bijik yg aku tweet kan.

    aku ada rasa satu perasaan nyampah pula bila org lain even stragers juga, baca thoughts ngarut2 aku.

    -m

    BalasPadam
  6. ohh okay baru tau acc dah deact.

    aaa tapi kenapaaa.

    btw secara kebetulan (sumpah) sedang dengar playlist a7x sambil baca blog akak. gila rindu. benci.

    BalasPadam
  7. rindu puteri jugak!!!dah ar tak dapat pegi puteri kawen..
    bapak ar comel, dah pregnant!!

    BalasPadam