Selalunya sebelum tidur aku akan
mencari anak-anak kucing dan memasukkan
mereka ke dalam sangkar.
Hal ini bagi mengelakkan mereka dari
dimakan/diganggu/dibuli anjing-anjing
liar yang kerap berkeliaran pada waktu
tengah malam dan awal pagi.
Pada hari ini berlaku satu keajaiban
dimana aku tidak perlu mencari mereka.
Kelima-lima anak kucing itu
datang berdiri di hadapan pintu
sangkar sebaik saja aku keluar.
Rasanya mereka sudah tahu relevannya
kenapa aku kurungkan mereka pada
waktu sebegini.
Aku rasa seperti mahu berkata pada mereka,
"Wahai comel-comel sekalian,
terima kasih kerana memahami".
Ia merupakan sesuatu yang buatkan
aku berasa lega bila mereka tidak
lansung memberontak untuk dikurungkan,
tidak seperti kebiasaannya.

suka baca.
BalasPadamsimple.penuh makna :)
mungkin mereka tahu yang parlimen sudah dibubarkan
BalasPadamolololooo
BalasPadam