1.4.13

Ali


Masa : Pagi semalam
Situasi : Sedang menterbalikkan lempeng di atas kuali.

Aku teragak-agak setiap kali mahu terbalikkan lempeng yang besar
tetapi tidak pada lempeng yang kecil.
Setelah beberapa percubaan menterbalikkan lempeng,
aku pun terinspirasi..
 iaitu kecil atau besar lempeng itu ia tetap lempeng.
Terlipat atau terkoyak ia tetap lempeng.
Sebagai manusia, aku sudah berusaha
merealisasikan impian lempeng itu menjadi lempeng
tidak kiralah bagaimana rupanya setelah itu.
Yang penting ia habis dimakan.
 photo cz11.gif

Masa : Tengahari hingga malam,
semalam & kelmarin
Situasi : Mengecat dinding.

Bila mengecat bahagian atas dinding,
adakalanya aku perlu mendonggak.
Bila mengecat bahagian bawah dinding pula,
adakalanya aku perlu membongkok.
Bagi aku, mendonggak lebih sakit dari membongkok.
Secara tidak sengaja, aku mengaitkan hal ini dengan kehidupan,
dimana bila kita asyik membandingkan dengan mereka yang atas
dari kita, kita akan rasa sakit,
berbanding membandingkan dengan yang bawah.
Sebenarnya membanding-banding tak patut pun dilakukan.
Macam..
kalau kau mahu beli cili dan telur.
Cili murah di Kedai Pak Abu.
Telur murah pula di Kedai Pak Ali.
Jarak Kedai Pak Abu dan Pak Ali ialah 7km.
Kedai Pak Ali lebih dekat dengan rumah kau.
Belilah saja telur,kuaci dan cili di Kedai Pak Ali.
 photo nervous_look.gif
Aku nak kuaci tu, tak perlu buat muka pelik sangat.
Aih..
Kau sedar tak aku sudah bandingkan jarak kedai di situ?
Oh ya, membanding itu penting sebenarnya
tapi jangan sampai terlampau menghakimi.

Apa entah aku merapu.
Lupakan je la..
 photo cz12.gif

4 ulasan:

  1. boleh jadi model iklan ubat nyamuk.

    BalasPadam
  2. semalam lempeng pisang aku hancur lepas diterbalikkan. solusinya, aku hancurkan sampai lumat, goreng macam nasi. hasilnya macam cekodok pisang lumat tapi sedap.

    BalasPadam
  3. kalau aku buat telur dadar terhancur, aku hancurkan saja.kalau lempeng aku biarkan saja.

    BalasPadam