2.9.12

Ting!

Aku lapar tadi tapi aku tidak berniat untuk makan nasi.
Jadi aku pergi membeli wafel.
Aku kata, "Makcik, wafel satu, garing yek.."
Aku duduk di kerusi menunggu.
Setelah 10 minit, aku tanya, "Dah?"
Makcik itu mengelabah, "Eh..dah garing sangat ni"
Wafel aku hampir hangus.
"Selalu ada bunyi bila masak,hari ni takde bunyi 'Ting!' pulak"
,makcik tu cuba mengulas lanjut.
Mungkin ada bunyi 'Ting!' tapi suasana bising dengan 
persembahan kugiran ketika itu.
"Takpe, saya suka hangus sebegitu", balas aku.
Maksud aku hangus yang tidak pahit.(warna :coklat gelap macam kulit aku)

P/S : Kalau bakar roti di rumah pun aku akan bakar beberapa kali
supaya ia berwarna coklat gelap.

Wafel hangus berinti lempa kacang bercoklat
bersama smoothie pisang, memang inilah menu
yang akan aku pilih sekiranya aku mahu angkasa lepas,
Boleh terbang tanpa perlukan roket!!(mata terbeliak-beliak)
Kos untuk terbang hanya RM6.
Tadi aku sudah terkeluar dari Galaksi Bima Sakti,
selamat sempat aku pulang kembali untuk kemaskini blog ini.

Kadang-kadang aku jadi malu bercampur takut
bila Allah rezekikan sesuatu yang aku mahu,
walaupun aku tidak meminta.
Contohnya, wafel yang hangus.
Alhamdulillah.
Photobucket

4 ulasan:

  1. Saya juga ada terfikir tentang roket. dan di blog lain saya baca dan rajin komen turut sebut tentang apa yang tengah apa yang terlintas dalam kepala saya. ahh! adakah otak kita semua bersambung?

    tapi bunyi yang memecahkan telinga bila wafel garing digigit memang khayal ke bulan. haha.

    BalasPadam
  2. mungkin kita dalam kelompok pemikiran yang sama.aku juga selalu jumpa orang yang berfikiran sama dengan aku di blog-blog tapi sesuatu itu bila aku luahkan di alam nyata, ramai yang berfikiran aku aneh.

    bagi aku bunyi wafel garing sangat syahdu, bagai bunyi ketulan ais bila dituang air kedalamnya..

    BalasPadam
  3. bunyi letup2 air gas pun nikmat juga.

    BalasPadam
  4. malang sekali aku tidak suka minuman bergas..tapi bunyinya boleh disamakan dengan bunyi eno yang dicurah ke dalam air..

    BalasPadam