13.9.12

Hai

Dah beberapa hari aku bekerja,
hari ni aku tidak kerja, rasa kekok pula.
Adik aku balik dari sekolah,
aku ajak teman menonton wayang.
Sampai kaunter tiket wayang,
aku  rasa tidak mahu menonton wayang,
tanpa sebab.
Kami ke Krispy Kreme,
makan donut.
Balik.

Begitulah aku habiskan hari aku.

Aku rasa hebat kerana jalan kaki,
naik bas, jalan kaki, naik komuter,
jalan kaki naik bas, jalan kaki,
semata-mata makan donut.
Teringat aku zaman student dulu,
aku jalan kaki dari Seksyen 2 ke Plaza Alam Sentral
semata-mata mahu makan donut 
lempa kacang berinti jem di Dunkin Donuts.
Eh,ape bezanya sekarang pun kan?
Eh, air karamel di Krispy Kreme lagi sedap dari Dunkin Donuts.

Aku rasa gembira dapat luangkan masa 
berbual dan gelak-gelak dengan adik aku
sebab selalunya aku hanya marah-marah saja.
Ya, aku seorang kakak yang garang.
Bukan sesuatu yang membanggakan.
Tuzki Bunny Emoticon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan