22.9.12

Hampagas


Aku mahu kau tahu ketika kau sedang membaca ini,
seekor cicak sedang menangis akibat :
ketakutan kerana terpaksa bermalam dalam ruang gelap yang berdebu,
meratapi  ekornya yang terputus
(sambil mengalas ekor itu sebagai bantal yang dibasahi air mata bercucuran),
kempunan mahu menari dalam bekas berisi mayonis yang tidak bertutup,
dan kecewa tidak dapat berenang dalam kolam susu pekat sambil menikmati makanan.
Mungkin juga kalau setelah beberapa hari, ia sudah mati dalam kegelapan.
Ya, kau perlu tahu itu.

Ceritanya bermula tatkala..
Aku buka pintu peti sejuk.
Seekor cicak hitam dan besar meluru masuk ke dalam peti sejuk.
Seperti kebiasaan aku akan biarkan mata aku tanpa kaca mata
sehingga lebih kurang sejam selepas membuka kanta lekap.
Maka ketika cicak itu masuk, aku dalam keadaan rabun
tapi kelibatnya yang meluru masuk dengan laju masih dapat aku lihat.
Aku beritahu bapa aku.
Cicak itu ketakutan dan meyembunyikan diri.
Mestilah takut sebab bapa aku nampak gagah seperti Malik Noor(tipu).
Bapa aku ambil penyedut hampagas dan menyedut cicak itu.
Cicak itu memutuskan ekornya ketika disedut,
tapi bapa aku berjaya menyedut cicak itu dan ekornya sekali.

Ekor cicak disedut menggunakan straw,
ekornya masih bergoyang-goyang walaupun sudah terputus,
ia menari di dalam tekak kemudian ekor itu menggeletek anak tekak.
Anak tekak ketawa kegelian :  hahahaha.

Eh, bukan sedut guna straw lah.

Photobucket

4 ulasan:

  1. Hahahahahawahahahahwahahwhahahahwahhhhaakakakakak!!!!!!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22.9.12

    kau tahu tak? kau ni sebenarnya ada bakat jadi designer (kalau aku menilai dari blog ini).

    BalasPadam
  3. Ahmad Arba'in Ali,gelak melampau macam perli je.

    Tanpa Nama, aku tahu..

    BalasPadam
  4. xla! gelak ikhlas. hahah. lawak r ko ni. haha!!

    BalasPadam