Pagi tadi aku pergi temankan adik aku pergi ke klinik.
Masa aku tuliskan borang, aku perhatikan di atas
meja yang berikat pen itu dipenuhi tandatangan manusia
yang memurnikan budaya vandalisme.
Adik aku sakit di dalam pinggang kiri dari 4 tahun lepas.
Sakit adik aku ini bukan sakit biasa-biasa,
dia menderita terseksa untuk duduk bagi membuang air,
tidak boleh tunduk, tidak boleh tidur mengiring dan dia sering menangis bila sakit sangat
Sebelum ni, dia pergi klinik kesihatan lain,
doktor cuma berikan minyak urut dan ubat tahan sakit.
Katanya setelah diperiksa urin adik aku, tiada apa-apa yang dapat dikenalpasti.
Hari ini adik aku jalani X-Ray pula menunjukkan tiada sebarang masalah.
Jadi, adik aku dirujuk ke pakar ortoperdik di hospital besar berdekatan.
Abah aku sarankan rawat menggunakan ayat Qur'an di Pusat Rawatan Cahaya Syifak.
Dengan izin Allah, adik aku terus sihat selepas menjalani rawatan.
Ustaz itu pesan:
Kalau mandi di sungai ke air terjun ke laut ke,kalau mahu kencing naiklah ke darat,jangan kencing dalam air sebab dalam air ni ada jin air.
Makanan jin air adalah air bersih, dia tak suka orang kotorkan tempat dia.
Tambahnya lagi, ada orang yang menderita
gatal satu badan sehingga berkudis-kudis sebab kes yang sama.
Kemudian, aku pun suruh ustaz itu tengokkan kalau ada gangguan pada aku.
Selepas dirawat aku rasa lebih tenang, selalunya aku rasa gelisah saja
kadang-kadang aku rasa bahu aku berat sangat, sekarang sudah ringan.
Ikut kau lah mahu percaya atau tidak,
aku faham kalau ada yang tidak percaya selagi tidak alami sendiri.
Bagi aku ini bukan placebo efek.
Sebelum sesi rawatan berakhir, ustaz itu pesan pada aku :
Rukun iman ni ada enam, kalau hilang satu tak lengkaplah rukun iman.
Rukun iman keenam, percaya pada Qada' dan Qadar,
awak kena redha dengan ketentuan Allah,
awak tak boleh salahkan takdir..
Kalau dah jadi macam tu, awak redha je la..
Dalam hati aku berkata, "Ustaz ni boleh baca aku ke ape..".
Memang aku agak bermasalah untuk redha.
Aku bersyukur sebab hari ini Allah takdirkan
seorang hambaNya mengingatkan aku seperkara yang aku lalai.
Sebenarnya, apa yang ustaz itu nasihatkan pada aku menjawab
satu persoalan yang berlegar dalam minda aku sebelum tidur kelmarin.
Aku terfikir kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah katanya:
Sebelum tidur setiap hari,
maafkan semua orang yang buat salah pada kita.
Aku berfikir :
Macam mana aku nak maafkan?
Aku biarkan persoalan saja itu tergantung.
Hari ini aku aku dapat jawapannya bila
aku fikir balik apa yang ustaz nasihatkan pada aku tadi.
Redha dengan ketentuan Allah,
aku mungkin dah faham konsepnya secara rawak,
misi seterusnya adalah mengaplikasikan.
Ini lebih berat, mungkin ada yang nampak ringan,
lagi-lagi dari kaca mata masyarakat kini
yang semakin meremehkan hal-hal agama.
Hari ini aku log in saja blogspot,
Dashboard sudah tukar pada new interface
yang aku selama ini elak dari menukarnya
kerana aku tidak menyukainya.
Setelah gagal untuk tukar seperti sedia kala,
aku terima saja pembahruan ini.
Redhalah katakan..
P/S : Siapa yang kata blog aku tiada manafaat hari tu?
Aku yg kata. haha. MAAF! Ni entry ko paling bermanfaat stakat ni. aha. Benda kecil animasi ni ko buat sendiri ke? dr dulu x pernah x comel!
BalasPadamhahah. lawak p/s tu.
BalasPadammohon yang bercakap tu hari hadirkan diri ke ruangan komen nih. keh3.
aku de perasan juga komen tuh.
waaa, berat isi hari ni... seberat bahu yang dulu berat sekarang sudah ringan itu kah, hehe (alhamdulillah dah baik)
BalasPadamAhmad Arba'in Ali,hahah.takyah kot mintak maaf,huruf besar pulak tu,aku gurau-gurau saja..eh, taklah..aku ambik di website tuzki.ya, nama kartun tu tuzki.
BalasPadamadam,sudah muncul pun..hahah..
kucingorengemuk,ya..seberat itulah kiranya.
Ahha. Tuzki eh? nanti aku carik. hee. Kecoh doh Adam. hahaha. Komen first lagi kot. haha. Terasa abis nih. kih2. :D
BalasPadamgood amalina.
BalasPadamand thanks. sebab buat aku terfikir pasal perkara ni.
helps me in bits.
dan. bila baca comments.
BalasPadamaku dah teringat namanya tuzki. bukan suzuki.
Ahmad Arba'in Ali,ya-ya..tuzki.hahah..kalau kau nak terasa pergilah menjamah makanan(lawak hambar)
BalasPadammirachantek,sama-sama..:)bukan kau selalu sebut swarovki ke..hahaha
keh3. saje melawok. jangan marah Ahmad. hehe.
BalasPadam