Dalam kelas aku dulu, ada seorang budak Singh yang memakai bunjut kain di kepala.
Dari mula aku masuk kelas itu aku sangat ingin tahu apakah yang terkandung
di dalam bunjut kain yang terletak di atas kepala budak itu.
Memandangkan dia duduk berjauhan dengan aku di dalam kelas,
susah untuk aku mejawab persoalan dalam benak aku.
Walau bagaimanapun, aku tidak membiarkan persoalan itu
bergerak di atas bunjut kepala aku begitu saja.
Aku bertanya pada kawan aku,
jawabnya dalam itu ada tulang nenek moyang si pemakai.
Aku tidak begitu berpuas hati dengan jawapan itu.
Suatu hari, cikgu menyusun kedudukan di dalam makmal
dan aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan budak Singh itu.
Semangat ingin tahu aku semakin membuak-buak bila
berdekatan dengan budak Singh itu.
Aku pun bertanya,
"Dalam kain atas kepala kau tu ada tulang nenek moyang kau yek?",
dengan muka tidak bersalah.
Serta-merta dia pandang aku dengan pandangan yang sangat tajam
sehingga hampir membelah hemisfera utara dan selatan.
Aku rasa agak bersalah kerana mungkin dia sangka aku menghinanya.
Minggu seterusnya aku tidak perlu duduk disebelahnya
dalam makmal lagi kerana aku berpindah ke sekolah teknik.
Sekarang aku sudah tahu yang dalam bunjut kain
itu cuma ada rambutnya saja.
Masa aku tadika, aku ingat orang pakai purdah itu hantu.
itu cuma ada rambutnya saja.
Masa aku tadika, aku ingat orang pakai purdah itu hantu.

bedak ker benak? hihi
BalasPadamsup bunjut diambil dari nama bunjut kat kepala singh. iaitu tempat terkandung segala rempah yg digiling halus...(tulang nenek moyang)
muka aku bertepek bedak sejuk ketika menulis ini.itulah tertulis bedak..sebenarnya benak.hahaha
BalasPadamhahaha....selamber je ko...
BalasPadamahaha. aku ingat orang singh itu kepala flower horn dulu
BalasPadamaku selalu ingat orang yg pakai purdah tu muka buruk... hmmm
BalasPadamdulu la pemikiran waktu kecik
bofoyengfeng, aku tak selambe, sebenarnya aku agak neves tanya sebegitu..
BalasPadamஜ miss klanika ஜ, hahah!macam ketumbuhan..kalau ada tanduk macam unicorn kool jugak..
mirachantek, selepas aku agak tak berapa nak kecil sangat aku sudah tahu itu manusia bukannya hantu, aku selalu rasa orang yang pakai purdah hanya orang yang cantik kerana di sekolah agama(sekolah rendah) aku, ustazah aku pakai purdah..tangan dia wangi bila aku salam, aku rasa dia sangat cantik sampai perlu pakai purdah..
well, aku ni semenjak kecik diajar bahawa kecantikan itu sesuatu yang perlu dibanggakan.
BalasPadamsiap diajar supaya jadi princess-like, even supermodel.
aku pakai heels tau kecik2!
jadi... yea. bila orang tutup muka tu aku ingat dia buruk la, bukan lawa yang perlu ditutup sbb lawa sangat...