Hari ini aku berkerja sambilan
di sebuah kawasan yang penuh dengan hidupan liar.
Ketika masuk aku perlu meninggalkan kad pengenalan
dan mendapatkan pas kemasukan pekerja.
Hari ini seekor anak badak air mati dan puncanya, aku tidak tahu.
Kematian anak yang masih lagi bayi
menyebabkan si emak meroyan sepanjang hari.
Agak menyedihkan..
Aku rasa seperti mahu berikan pelukan simpati
bagi menenangkan emak badak itu.
Apakan daya..aku cuma pengemar cucur badak dan pengat badak berendam
yang tidak bisa megauli badak air lagi-lagi ketika sedang meroyan.
Menjelang petang, aku ambil semula kad pengenalan
dan memulangkan pas.
Kad pengenalan aku dibalut dengan sekeping nota kecil.
Aku baca sambil berjalan.
Ia bertulis :
Bila terpandang wajahmu hatiku terus terpaut....
Adakah ini namanya cinta?
Aku tak tau apa itu cinta....
Yang saya tahu, saya nak kenal dengan awak..
01********
Serta-merta aku berkata, "Watdehel!"
Apakah kejijikan ini?
Aku di antara mahu gelak dan mual tekak.
Kemudian, aku makan beger daging.
Setelah selesai, aku mahu pulang ke rumah
sebelum ditegur seorang gadis(tidak kenal)
bahawa ada setompok sos
tertumpah pada tudung aku.
Perjalanan pulang pula agak lama
berikutan kesesakan lalu-lintas yang
aku simpulkan berikutan satu kelompok masyarakat yang
tidak habis-habis lagi menyambut perayaan.
Aduhai.
Kau percaya ke aku cerita?
Janganlah.

Baca blog kau ni sepatah haram manfaat pun ak x dapat. tp xtahulah nape ak stuck ngn blog ko ni. Comel nk mampos la ko ni. hahahaha.
BalasPadamfuh, nota cinta der.
BalasPadamamalina raksaksa yg makan sampai tertumpah sos. hehe
BalasPadamsaat terpandang tulisanmu hatiku mula terpaut..adakah ini rindu?
BalasPadamkah3
Ahmad Arba'in Ali, mungkin sebab post aku pendek-pendek dan ringan-ringan je kot..
BalasPadamnveil,fenomena aneh.
Macy Humaira,selekeh aku ni..
duniakuabstrak,aku tulis blog bukan guna tulisan tangan,jangan nak rindu
kau......buat aku ingin makan burger
BalasPadam:)makanlah
BalasPadamkau kerja apa? macam best
BalasPadamindah khabar saja :)
BalasPadam