Malam semalam tepat 12 malam,
suasana bising dengan bunyi ekzos motor yang diteran-teran
sehingga menjelang pukul 4 pagi.
Malam "merdeka" katanya..
Aku kerja pagi tadi,
Aku mahu keluar rumah untuk berjalan kaki ke perhentian bas,
ada tiga ekor anjing berlegar-legar di jalan luar pagar.
Tiada kebebasan untuk aku bergerak.
Bukan aku benci anjing, aku takut anjing kerana pernah dikejar.
Jadi aku minta bapaku pulang dari kota aku hantarkan ke perhentian bas.
Selain itu,pagi-pagi lagi aku rasa sangat tidak merdeka apabila
bas awam yang aku naiki dipenuhi warga asing.
Mahu membeli sarapan pagi pula,
aku ke pasaraya berdekatan..
Oh!panjangnya barisan bagai beratur dalam pasaraya di Jakarta.
Maksud aku bukan bukan suasananya tapi orang yang beratur.
Aku membatalkan niat mahu membeli roti(kerana barisan panjang) dan
bercadang untuk membeli tosai di kedai mamak sebagai sarapan pagi.
Oh!Ramai sungguh warga Malaysia yang baru pulang dari Dataran Merdeka
sambil memegang bendera memenuhi kedai mamak tersebut.
Aku membatalkan niat membeli tosai, maka aku beli pau perisa jagung.
Seorang gadis Eropah mengucapkan "Happy Independence Day"
pada aku, yang menariknya tiada warga Malaysia yang
mengucapkan "Selamat Hari Kemerdekaan",
aku juga tidak mengucapkan pada sesiapa.
Sepertinya dalam menyambut ulangtahun kemerdekaan,
kita sendiri belum betul-betul merasa kemerdekaan itu sendiri.
Atau aku dikelilingi mereka-mereka yang tiada semangat patriotik?
Hahah!
Tak, aku bukan merungut atau merengus.
Aku cuma.. cuma.. cuma.. cuma..
(entah kenapa tiba-tiba gagap)
cuba untuk bebas bercerita tentang satu hari ulangtahun kemerdekaan
yang aku lalui di tanah airku.
Laporan dari aku,
Seorang warga yang biasa-biasa saja.
"Seperti yang saya katakan, manusia menilai kemerdekaan dengan cara yang aneh,
hampir pada segalanya", kata George Weinberg.
selamat merdeka amalina.
BalasPadamsemoga harapan utk terus merdeka drpd segala anasir yang tak merdeka tu berkekalan.
Kira nampaklah kebebasan yang diorang enjoy sebab merdeka nih.
BalasPadamha..yela..
BalasPadam