23.8.12

Pengacau

Photobucket
Aku dah lama mahu buat pavlova tapi rumah aku tiada mesin pengacau.
Ya, seperti yang ini :

Untuk pengetahuan anda(yang tidak tahu),
mesin pengacau adalah sangat penting untuk mejayakan
pembuatan pavlova,
tidak seperti kek-kek yang masih boleh dipukul mengunakan kudrat tangan.
Tapi, aku memang tiada wang untuk membeli mesin pengacau.

Memandangkan esok merupakan ulangtahun kelahiran adik aku
yang gila memakan buah-buahan tempatan mahupun import,
aku mahu membuat pavlova dan juga salad buah(atas permintaannya).
Walau bagaimanapun, mak aku berkata,
"Buat cheese cake peach je la, takde mixer mane boleh buat pavlova".

Ini bukan yang pertama kali niat aku terbatal untuk membuat pavlova.
Tiba-tiba, seketul mentol bercahaya muncul di atas kepala aku
setelah terjumpa gambar ini di sebuah laman sesawang.
Disebabkan di rumah aku ada(milik bapa aku) ini :


Aku akan buat pavlova esok.
Yeah!!!

Kesimpulan :
Dimana ada kemahuan,
di situ ada jalan.
Photobucket

4 ulasan: