11.8.12

Rantai

Hari tu aku selongkar bag terjumpa loceng.
Loceng itu kawan aku bagi ketika di Melaka beberapa minggu lepas.
Kebetulan pula aku bekerja sambilan berhadapan kedai menjual gelang-gelangan.
Aku beli gelang dan masukan loceng itu 
untuk dijadikan rantai leher Bubble.
Semalam aku perhatikan Bubble cuba menangkap tikus.
Gagal.
Aku membuat kesimpulan kegagalan itu disebabkan loceng yang berbunyi.
Aku tanggalkan rantai leher itu.
Aku membuat keputusan untuk memakaikan rantai itu 
hanya 
pada hari-hari keramaian, perayaan dan ulangtahun kelahiran ahli keluarga
sahaja.

Bubble kelihatan feminin bila memakai rantai leher.
Aku pula masih dengan persoalan lama :
Kenapa tiada makanan kucing berperisa tikus?

Photobucket

6 ulasan:

  1. ........ kucing moden tak mampu ligan tikus lagi

    BalasPadam
  2. haha, kucing memang senang dipengaruh dan ditipu walau ada waktunya ego tinggi melambung

    BalasPadam
  3. weh snap satu gambo kucing ko pakai bell tu.

    ala2 omputeh sangat pakai bell..

    BalasPadam
  4. bale, dulu dia boleh.

    adam, tak..aku nampak pergelutan yang berlaku..tiada situasi tipu menipu..

    mirachantek, aku ada satu kepercayaan karut yang walaupun aku rasa karut tapi aku percaya iaitu bila kucing ditangkap gambarnya umurnya tidak panjang..sebelum-sebelum ini selalu camtu..jadi aku tidak mahu tangkap gambar kucing lagi..

    BalasPadam
  5. mungkin babel dah gemuk seindah namanya..

    BalasPadam
  6. sejak lepas bersalin badannya semakin langsing..

    BalasPadam