7.8.12

Culas

Tadi aku pergi bazar ramadhan sebab rumah aku tiada air untuk memasak.
Aku ke gerai menjual murtabak.
Makcik menjual murtabak itu bertanya, "Ni Aishah ke kakak Aishah?"
Aku menjawab, "Kakak Aishah.." dalam otak aku berkata, "Same ke?"
Baru aku ingat adik aku beritahu ibu bapa kawannya ada jual murtabak di bazar ramadhan.
Makcik menjual murtabak itu balas, "Oh..yela, Aishah kurus sikit.."
(macam nak jaga hati je,padahal adik aku sangat kurus)
Aku jawab, "Lain kot, saye ngan die..die putih, saya hitam".
Makcik menjual laicikang di gerai sebelah yang
dari tadi memasang telinga tiba-tiba bersuara, "Jujur sangat..hahah".

Pernah aku keluar minum dengan adik aku,
makcik kedai kami minum itu bertanya, "Kembar ke?"

 Ishh..jauh gila muka aku dan adik aku.
Secara fizikalnya :
Mata dia besar, mata aku kecik.
Hidung dia mancung, hidung aku kembang.
Dia cerah, tinggi dan kurus.
Aku gelap, pendek dan gemuk.
Aneh bila dikatakan sama.

Selamat yang kata kami sama itu sudah tua dan makcik-makcik belaka,
mungkin mereka rabun teruk gamaknya.

P/S : Tajuk yang tiada kaitan dengan entri cuma aku seperti suka sebutan perkataan itu,
bukan maksudnya yang aku suka.

Photobucket

8 ulasan:

  1. Culas tu apa makna? hye kakak ipar

    BalasPadam
  2. apakah itu culas?

    eh, aku pun rupa lain2 dgn adik aku.
    tapi mereka makcik2 ini selalu kata kembar juga.
    secara detail mungkin berbeza.
    jadi aku agak kepada keseluruhan struktur wajah itu yg agak sama.

    entahlah.
    mereka agak rabun kot.

    BalasPadam
  3. culas tu maknanya perlu digoogle atau bukalah kamus.lebih curious kan..

    bale, adik aku taste dia lelaki yang gemuk,mana mungkin aku jadi kakak ipar kau.

    mira, jauh sangat bentuk muka adik aku dan aku pun.muka dia bujur, aku bulat.malah dagunya berlekuk ditengah.lain sangat.ya, rabun kot.

    BalasPadam
  4. Aku gemok la.. awek tingal sebab gemok. wkwkkw

    BalasPadam
  5. kirim salam Aishah dan kakaknya. Terbaik kan taste aku?

    BalasPadam
  6. bale, tapi aku yakin kau bukan gemuk yang taste adik aku, sebab kau tak reti rapping dan tak pakai seluar londeh.hahahaha!(adik aku baca ni mesti megamuk)

    tulisan bogel, kiriman salam tidak sampai sekiranya tidak disertakan dengan bungkusan hadiah.err..

    BalasPadam
  7. bila aku dah mampu beli hadiah untuk diri sendiri nanti baru aku fikir orang lain. doakan aku.

    BalasPadam
  8. kau patut fikir orang lain baru fikir diri sendiri.

    BalasPadam