Adik aku kata pada mak aku,
"Along jalan laju macam roket".
Sehingga adik aku rasa mahu tercabut
mengikut aku berjalan semalam.
Seorang kawan ketika belajar dulu berkata pada aku,
"Kaki kau ni kaki bionik".
Sehingga kawan aku itu demam tiga hari
setelah ikut aku berjalan.
Seorang kenalan aku ajak keluar katanya,
"Kau jalan laju sangat macam lipas".
Sehingga dia tertinggal jauh di belakang,
aku tidak sedar.
aku tidak sedar.
Tapi kan..
Aku pernah jumpa lipas yang berjalan perlahan,
sangat perlahan dengan menjungkitkan kaki
sambil melintas di hadapan aku.
Aku pandang dan aku rasa ianya sangat lucu.
Ohh..sebut pasal lucu.
Masa aku sekolah dulu ada budak kelas aku kata,
"Kau jalan laju-laju, dah ar pakai baju kurung, lawak wey..sumpah lawak"
Kemudian dia gelak sampai aku rasa nak baling kerusi pada mukanya.
Ohh..sebut pasal lucu.
Masa aku sekolah dulu ada budak kelas aku kata,
"Kau jalan laju-laju, dah ar pakai baju kurung, lawak wey..sumpah lawak"
Kemudian dia gelak sampai aku rasa nak baling kerusi pada mukanya.
Emm..(sambil membetulkan pakaian lagak seorang profesional)
..itu sahaja aku mahu beritahu.

Kerajaan pun dah banyak kali pesan amalina. Kelajuan membunuh. Tolong perlahankan. Haha.
BalasPadamsepanjang aku berjalan laju, aku cuma pernah bunuh 3 ekor semut dan menyebabkan keretakan tulang belakang dua ekor katak.aku cuba juga perlahankan tapi aku rasa dunia berputar lambat..
BalasPadamAh. Kasihan sama itu binatang. Saya kira di khalayak mereka turut berkempen meng-anti manusia yang berkelajuan tinggi sambil mengibarkan banner, melaungkan slogan anti kelajuan.
BalasPadamHaha
sekurang-kurangnya aku tak pijak siput babi.aku hanya pijak haiwan yang boleh jalan laju tapi malas.
BalasPadamkau kata saja kau berjalan laju kerana kejar masa. time is money. money is time.
BalasPadam@@
aku tak kejar masa pun aku jalan laju, aku kejar masa lagilah laju.luar kawal,kadang-kadang aku tak sedar..orang sedar.
BalasPadamtime is money?
eh, aku jenis yang tak berduit.
Kak amalina jangan nak tipu, haritu kan ada pijak siput? Masa on the way balik dari kerja? Jeng jeng
BalasPadameh..mane ade, yang pijak siput babi tu nuruk la bukan akak..
BalasPadamtertulis nuruk plak..nurul
BalasPadam