Pavlova yang aku beritahu mahu buat semalam itu tak menjadi tapi habis dimakan.
Aku suspek operasi menghabiskannya adalah cubaan menjaga hati aku.
Cewah!
Rasanya tidaklah teruk sangat pun,
cuma hangus sikit,
bau telur melekit,
krim yang agak cair dan meleleh.
Baiklah, sebenarnya..
ianya memang teruk.
Walau bagaimanapun,
ia tetap dihabiskan oleh ahli keluarga aku.
Mungkin walaupun ianya teruk,
ia masih boleh ditelan kerana dipenuhi limpahan buah-buahan.
Selepas kegagalan itu,
aku agak tertekan untuk menulis entri
bagi menerangkan kegagalan itu.
Oleh kerana itulah aku lewat sehari
untuk menceritakan semua ini.
Dalam eksperimen yang aku lakukan
aku mengunakan drill pemutar skru,
aku rasa kelajuannya adalah perlahan berbanding
mesin pengacau, jadi bahan kacauan tidak begitu berbuih.
Aku mahu menggunakan drill penebuk batu tapi
bapa aku kata "Tu laju sangat nanti tercampak mangkuk".
Tak,tak,
jangan salah sangka.
Bapa aku tidak panggil aku 'mangkuk',
dia maksudkan mangkuk kaca bekas bahan dikacau itu.
Tapi kadang-kadang aku memang 'mangkuk' pun.
Sejak kebelakangan ini,
aku rasa down, lagi-lagi bila beraya asyik diajukan soalan:
"Kerja mana sekarang?"
Aku macam bosan hendak menjawab:
"Tengah cari kerja".
Macam-macam balasan
yang menguji kesabaran aku terima.
Aku cuba mahu berfikiran positif.
Soalan "Kerja mana sekarang?" yang gagal dijawab
dengan jawapan yang memuaskan telah menyelamatkan
diri aku dari soalan seterusnya iaitu,
"Bila nak kahwin?"
Semakin dewasa, manusia sekeliling adalah semakin menyeramkan.
Percayalah 'faham' adalah perkataan paling sukar kecuali
nama kau Fahmi.
(tak, aku tipu saja,ini tiada kaitan dengan Khairul Fahmi Che Mat)

"tolong ayah potong rumput, mengecat rumah...bla...bla...bla...kekal aktif dengan 100plus" khairul fahmi che mat
BalasPadamsedih benor bunyinya. Bertabah lah. Lepas ni mulakan dengan membuat agar-agar sirap pula. Hehe.
BalasPadampak lang,aku tak percaya cakap dia..aku nampak hari tu dia minum milo kat mamak.ya, milo.bukan 100 plus.
BalasPadamadam,agar-agar sirap tak sedap..agar-agar milo lagi sedap.