17.8.12

Duit baru

Tadi ketika sedang berbuka puasa.

Mak bertanya pada abah, "Bini Najib mengandung ye bang?"
Abah balas, "A'ah".
Aku terkejut dan berkata,
"Ha? bini Najib mengandung?"
Adik aku jawab, "Najib kawan abah, bini dia bukan Rosmah".
Aku balas, "Oh..ingatkan Rosmah".

---

Ada segelintir manusia suka menyimpan duit baru
dan tidak mahu membelanjakan duit tersebut
dengan alasan duit itu diibaratkan perhiasan semata-mata
kerana ianya baru.

Bau baru,
warna baru,
reka bentuk baru,
dan materialnya juga baru.
Perasaan memegangnya juga baru.

Ada orang kata, "duit baru tu comel",
Ada kata, "duit baru itu macam duit cina mati",
Ada orang kata, "duit baru lagi", 
Ada orang kata "macam duit monopoli",
Ada orang kata, "duit baru itu tiada bau kekayaan",
Ada orang  tanya, "tahan ke ni?"

Photobucket
Saya Amalina melaporkan untuk Benda Kecil.

3 ulasan:

  1. selamat hari raya amalina. maaf zahir batin.

    memang laporan kecil. kalo besar itu pengumuman raya.

    BalasPadam
  2. baru akan jadi lama, walau sesaat.

    BalasPadam
  3. adam, selamat menyambut aidilfitri

    muhammad hilmi, hahah.mane ade, merepek ar kau.

    BalasPadam