16.8.12

Buba

Photobucket

Selama 25 tahun hidup,
aku baru perasan yang ada orang buka baju dengan menyilangkan tangan,
ada orang buka baju tanpa menyilangkan tangan dan ada juga yang tarik dari leher.
Ada juga yang membuka baju dengan kombinasi ketiga-tiganya.
P/S : 3 jari sebab aku malas lukis 5 jari.
Aku membuka baju tanpa menyilangkan tangan,
(rujuk : imej tengah)
dan aku sudahi dengan menarik bahagian leher.
(rujuk : imej kanan)

Bila aku tanya orang sekeliling aku,
rupanya ramai juga yang buka baju dengan menyilangkan tangan.
Aku tidak faham mengapa perlu ada ritual menyilangkan tangan untuk membuka baju,
bukankah ia lebih menyusahkan?
Mungkin aku saja yang rasa ia menyusahkan,
ada yang mengatakan ia lebih mudah berbanding tanpa menyilangkan tangan.
Jangan ada pula yang mengaitkan ritual ini dengan Freemason.
(cubaan bergurau dengan nada formal dengan gerak badan yang kaku dan kekok)

Bagaimana pula cara kau 
buka + baju = buba
yang tidak berbutang?
Photobucket

Tak..aku mahu tahu saja.

5 ulasan:

  1. macam aku ada orang yang bukakan baju. King selalunya begitu

    BalasPadam
  2. saya gantungkan belakang baju bahagian leher pada penyangkut lepas tu lurutkan badan ke bawah. haha. ok tipu.

    saya guna yang imej kanan.

    BalasPadam
  3. headmaster,oh..ok.

    adam,oh..hahah..ok.

    BalasPadam
  4. masa kecik 3, pastu kolar jadi rosak.
    sekarang 1. tua nanti mungkin 2 kot

    BalasPadam
  5. muhammad hilmi,eh..mane ade kolar rosak.bukan tarik kolar pun,tarik ke atas je pun..

    BalasPadam