6.8.12

Berbuka

Memandangkan jam menunjukkan pukul 7 malam,
aku bergegas menuju ke stesen LRT berdekatan 
untuk menuju ke destinasi berbuka puasa.
Tiba-tiba, seorang wanita yang tidak dikenali menghulurkan 
sebungkus polistrin makanan yang diambil dari bonet keretanya.
Aku berkata, "Ehh..takpe-takpe..".
Wanita itu berkata, "Takpe.., ni memang bagi untuk makan, untuk buka puase..".
Mungkin wanita itu menganggarkan aku menolak pemberian kerana aku sangka ia diberikan atas dasar kasihan pada aku yang kelihatan seperti seorang homeless.
(walaupun agak luar biasa untuk percaya kalau
wujudnya homeless yang segemuk aku).
Mungkin.., aku agak saja.
Aku balas, "Takpe, lagipun saya nak pergi berbuka ni..",
aku menolak dengan nada baik memandangkan aku meneka 
kandungan di dalamnya adalah nasi minyak(sangat bukan kegemaran aku).
Wanita itu membalas, "Oh..takpela..", sambil meletakkan semula bungkusan itu.
Aku berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih,
bukan sengaja cuma terlupa.

Baiklah, sampai di destinasi berbuka puasa.
"Dalam sume makanan ni yang mane paling pedas?", tanya aku kepada pekedai.
"Takde yang pedas, kalau nak pedas boleh masak..",balas pekedai itu.
"Huh?masak?", aku cuba memastikan,mana mungkin pekedai itu suruh aku masak sendiri,
masa berbuka juga sudah semakin hampir.
"Yela..kami boleh masak", jelas pekedai itu.
"Ohh..saya ingat nak suruh saya masak sendiri..", balas aku diiringi sengihan.
Seorang jejaka yang berdiri di tepi aku tergelak memandang aku.
Aku seperti dapat membaca otaknya ketika itu yang berkata, 
"Gelabah ar pompuan ni..".

Photobucket

Kemudian, gigi manis aku memanggil, "Awak..nak makan manis-manis.."
Aku usha kek resipi rahsia, air liur meleleh.
Aku lap mulut, tertinggal sisa air liur di pipi, aku biarkan kering di situ.
Aku ke terowong pula, beli biskut coklat cip.
Sekeping biskut dabel coklat cip aku habiskan seorang.
Gigi manis aku gembira, loncat-loncat, kemudian jatuh kesemuanya.
Aku pulang tanpa dendam, cuma gigi aku ronggak.
Aku makan bubur lambok yang mak aku masak sambil tersenyum.

Selamat berbuka puasa kalian.
(ucapan untuk hari esok dan seterusnya)

Photobucket

5 ulasan:

  1. sekarang time sahur pulak, makan yang belen berbuka semalam.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6.8.12

    amboi2.

    BalasPadam
  3. ghost writer,kat umah aku belen berbuka memang takkan dibawa sahur,menu sahur samada oat, atau horlick atau telur separa masak atau cornflake susu saja.

    ayie,apenye yang nak diamboikan..

    BalasPadam
  4. da makan manis jgn lupa gosok gigi nanti rosak gigi.. hehe

    BalasPadam