28.6.12

Gerigi besi

Tadi aku ke cafe Iran beberapa blok dari tempat penempatan sementara aku
dengan niat mahu membeli buah-buahan yang sedia dipotong.
Aku mengikut pintu belakang.
Aku malas mahu pusing ke dalam kedai,
aku bercakap dengan pekerja kedai itu melalui gerigi besi.
Aku tanya pada penjaga kaunter yang berbangsa Iran,
"Ada tembikai susu tak?"
Dia balas, "Jus tembikai?"
Aku kata "Bukan.Tembikai susu..", dengan nada yang lebih tegas.
Dia balas bagi mendapat kepastian, "Jus tembikai letak susu?RM 2.50."
Aku menegaskan permintaan aku, "Bukan..buah potong.tembikai".
Dia balas, "Cakaplah tembikai..mahu letak susu?"
Aku jawab, "Bukan..yang merah tu tembikai, yang putih tu tembikai susu".
Aku dah agak dia ni takkan faham.
Dia menjerit pada seorang pekerja Indonesia 
menyuruhnya mengambil tembikai,
lalu diambilnya tembikai merah.
Aku menjerit pada pekerja Indonesia itu dari gerigi besi,
"Tembikai susu!!"
Tembikai susu diambilnya lalu diberikan pada penjaga kaunter itu,
kemudian dihulurkan pada aku melalui gerigi besi.
Penjaga kaunter itu bertanya lagi, "Mahu letak susu?"
Aku kata, "Taknak" sambil menghulurkan RM1.

Photobucket

5 ulasan:

  1. aku rasa kalau kau pegi pintu depan misti kau tak mengalami kesulitan ini

    BalasPadam
  2. Baiklah ini kelakar hahahaha letak jela susu. adoi

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28.6.12

    hahahaha

    BalasPadam
  4. hahah! tak paham2 =="

    BalasPadam
  5. mirachantek,ya..tapi aku malas kerana ketika itu dalam cafe itu ramai orang.

    amiey white,hahah..tembikai susu letak susu.aneh je wey..

    AYIE,aduh..hai!

    Amie,tu ar..aku rase die takkan faham..

    BalasPadam