Aku bangun pergi membasuh muka.
Aku buka lampu bilik.
Ada seekor rama-rama di tepi dinding katil.
Err..aku tak pasti ianya rama-rama atau kupu-kupu.
Tiba-tiba ia bersuara, "Hey Amalina, giler buruk muke kau menangis.."(ni tipu)
Tiba-tiba ia bersuara, "Hey Amalina, giler buruk muke kau menangis.."(ni tipu)
Ia tidak bergerak walaupun aku berpura-pura mahu menepuknya dengan bantal.
Aku mahu baring di atas katil tapi aku risau kalau ia terbang ke muka aku secara tiba-tiba.
Aku panggil mak aku untuk menghalaunya.
Mak aku ambil dan buangkan melalui tingkap.
Ia masuk semula ke dalam bilik.
Sayapnya rosak sebelah.
Aku izinkan dia duduk di bilik aku sehingga sayapnya pulih.
Harap tiada cicak yang akan mengganggunya.
Harap dia tidak mati.
Terima kasih sebab temankan aku nangis tadi walaupun aku tak sedar.

ia akan mati kerana kepaknya takkan sempat sembuh sebelum dibaham pemangsa
BalasPadamRealiti hidup sebagai seekor rama-rama. Bukan takat cicak tapi burung, mengkarung, biawak dan entah apa-apa lagi memandangnya sebagai sekeping pizza.
BalasPadamkau tak sedar yg rama2 tu temankan kau menangis atau kau tak sedar yg kau menagis? atau...kau mimpi eh?
BalasPadamrama-rama pun boleh jadi kawan juga kadang-kadang.
BalasPadamaiseh..nih tetiba menangis pasal apa nih?
BalasPadamnasyrun & farah, tepat sekali..beberapa jam selepas aku post entri ni..aku pergi periksa keadaan dia.dia sudah hilang.
BalasPadampak lang, aku tak sedar dia teman aku menangis.
srisegala, kawan?ermm..
ghost writer,menangis tu hobi aku.don't judge.hahah
alahai syg, next time jangan menangis lagi ok :)
BalasPadammenangis tu benda normal ok..orang kuat akan nangis.
BalasPadambalut la sayap dia dengan plaster..ce tangkap gambaq dia tgok..nak tgok ensem ke cantik rama2 tu
BalasPadamdrama ape pulak yg buat ko nangisni
BalasPadambale,dah hilang pun.
BalasPadammirachantek,drama swasta.
mesti kau akan dapat suami yang berniaga saputangan atau tisu kan..haha
BalasPadammungkin tak.hahah
BalasPadam