6.12.11

Sayap

Aku bangun pergi membasuh muka.
Aku buka lampu bilik.
Ada seekor rama-rama di tepi dinding katil.
Err..aku tak pasti ianya rama-rama atau kupu-kupu.
Tiba-tiba ia bersuara, "Hey Amalina, giler buruk muke kau menangis.."(ni tipu)
Ia tidak bergerak walaupun aku berpura-pura mahu menepuknya dengan bantal.
Aku mahu baring di atas katil tapi aku risau kalau ia terbang ke muka aku secara tiba-tiba.
Aku panggil mak aku untuk menghalaunya.
Mak aku ambil dan buangkan melalui tingkap.
Ia masuk semula ke dalam bilik.
Sayapnya rosak sebelah.
Aku izinkan dia duduk di bilik aku sehingga sayapnya pulih.
Harap tiada cicak yang akan mengganggunya.
Harap dia tidak mati.
Terima kasih sebab temankan aku nangis tadi walaupun aku tak sedar.

Photobucket

13 ulasan:

  1. ia akan mati kerana kepaknya takkan sempat sembuh sebelum dibaham pemangsa

    BalasPadam
  2. Realiti hidup sebagai seekor rama-rama. Bukan takat cicak tapi burung, mengkarung, biawak dan entah apa-apa lagi memandangnya sebagai sekeping pizza.

    BalasPadam
  3. kau tak sedar yg rama2 tu temankan kau menangis atau kau tak sedar yg kau menagis? atau...kau mimpi eh?

    BalasPadam
  4. rama-rama pun boleh jadi kawan juga kadang-kadang.

    BalasPadam
  5. aiseh..nih tetiba menangis pasal apa nih?

    BalasPadam
  6. nasyrun & farah, tepat sekali..beberapa jam selepas aku post entri ni..aku pergi periksa keadaan dia.dia sudah hilang.

    pak lang, aku tak sedar dia teman aku menangis.

    srisegala, kawan?ermm..

    ghost writer,menangis tu hobi aku.don't judge.hahah

    BalasPadam
  7. alahai syg, next time jangan menangis lagi ok :)

    BalasPadam
  8. menangis tu benda normal ok..orang kuat akan nangis.

    BalasPadam
  9. balut la sayap dia dengan plaster..ce tangkap gambaq dia tgok..nak tgok ensem ke cantik rama2 tu

    BalasPadam
  10. drama ape pulak yg buat ko nangisni

    BalasPadam
  11. bale,dah hilang pun.

    mirachantek,drama swasta.

    BalasPadam
  12. mesti kau akan dapat suami yang berniaga saputangan atau tisu kan..haha

    BalasPadam
  13. mungkin tak.hahah

    BalasPadam