Aku masih mahu bercerita tentang kucing.
Ada segelintir kucing, bila dia sayang kau,
dia akan berikan kau sesuatu yang dia suka.
Kadang-kadang dia tangkap burung, dia beri pada kau.
Kadang-kadang dia tangkap tupai, dia beri pada kau.
Kadang-kadang dia tangkap tikus, dia beri pada kau.
Masa aku mula-mula bela kucing, aku takut bila kucing
hadiahkan aku binatang mati, aku lari, kucing itu kejar,
dia akan berusaha juga mahu beri bangkai itu.
Bila aku jerit, dia keliru.
Kawan aku kata, "Kalau kucing bagi, amik je..nanti bila dia
tak nampak,buang.."
Dia tunggu aku ambil cencorot.
Masa tiba-tiba dia sergah aku untuk beri cencorot itu,
seperti biasa, aku akan terkejut dengan gaya getto,
dan berkata, "omaigad..".
Tapi kalau dia berikan cicak,
mungkin aku akan mengeluarkan tanda seru(!).
Tapi kalau dia berikan cicak,
mungkin aku akan mengeluarkan tanda seru(!).

gaya ghetto itu penting
BalasPadam