Begini..
Tadi ada seekor tupai tersesat dalam kedai.
Lebih kurang setengah jam juga dia pusing-pusing
dalam kedai untuk cari jalan keluar, padahal pintu terbuka luas.
Aku pun tak faham kenapa dia tak nampak pintu keluar.
Aku biarkan saja.
Aku fikir, mungkin dia mahu membunuh diri
berikutan tekanan hidup sebagai seorang tupai,
Jadi, aku buat kesimpulan sebenarnya dia sedang
menunggu kucing aku datang untuk menggigitnya.
Pergerakan tupai yang mundar-mandir setelah sekian lama itu
buat aku terganggu lalu aku bercakap dengannya,
"Hey tupai! Awak cari apa sebenarnya?Pintu tu
dah terbukak besar takkan tak perasan kot!"
dah terbukak besar takkan tak perasan kot!"
Lalu terus tupai itu menuju ke pintu, hampir saja melanggar pintu kaca,
lalu aku menjerit, "Hey!Jangan langgar pintu tu, pergi depan sikit.."
Tupai itu lalu mengelak pintu kaca itu lalu keluar ke dunia luar.
Berdasarkan reaksi itu, aku rasa dia
betul-betul faham apa aku cakapkan,
walaupun pada mulanya aku hanya bercakap dengannya
sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.