30.1.12

Tindakan

Kelmarin aku beli sepasang kasut untuk dipakai bekerja dengan harga semurah RM 19.90,
berikutan kasut aku yang sebelum ini sudah bocor tapaknya.
Bak kata Foster the People, "I'm going to kick until I need new shoes".
Ada satu getah melintang di atas kasut itu yang menyebabkan kasut itu terasa ketat.
Tadi aku ambil gunting kemudian gunting getah itu.
Kasut itu terus menjadi longgar.
Ya, longgar sehingga kasut itu mahu terkeluar dari kaki setiap kali berjalan.
Sepatutnya aku tunggu sehingga getah itu longgar sendiri.

Kadang-kadang, tindakan yang aku rasa bijak sebenarnya bodoh.

Tadi aku balik kerja, tiada air setitik pun di rumah.
Budak-budak rumah aku dari petang tadi tidak mandi sehingga terpaksa 
ke pasaraya berdekatan untuk membuang air besar dan kecil.
Dalam kebusukan badan dan muka berminyak aku turun memeriksa pili air utama 
yang meyalurkan air ke rumah kami.
Hasilnya, ada orang tutup pili air utama rumah kami, maka aku bukanya.
Ya, kemudian air pun disalurkan ke rumah kami.
Memang patut aku turun periksa pili air walaupun orang lain semua rasa ia
seperti berharap pada sesuatu yang mustahil.

Kadang-kadang, tindakan yang aku rasa bodoh sebenarnya bijak.

Photobucket

5 ulasan:

  1. Kaki bigfoot kah?

    Orang yang tutup main pili tu sangat tak cool.

    BalasPadam
  2. dah tu kasut tu kau buat apa je?
    dah longgar giler dah.
    beli baru ?

    BalasPadam
  3. Kasut itu mahu terkeluar dari kaki atau kaki kamu kahu terkeluar dari kasut?

    Kalau kasut mahu terkeluar dari kaki, macam mana keadaannya? Cuba jelaskan...

    =p

    BalasPadam
  4. bale, kalau aku kate ketat tak semestinya kaki aku yang besar, ada kemungkinan kasut itu yang kecil.macam awek itu pakai baju ketat, mungkin juga baju itu yang kecil atau badan dia yang besar.orang yang tutup pili tu memang cilaka.

    mirachantek, aku pakai je.aku tulis longgar je, aku tak tulis longgar giler.

    pak lang, ya,bjork memang bijork mencipta lagu berunsur eksperimental.

    pok amai-amai, hahah!saya juga mengalami kerungsingan itu ketika menulis ini semalam.

    BalasPadam