30.1.12

Camba

Auntie Kino : You berapa umur?

Aku : 25

Auntie Kino : I ingat you baru lepas sekolah...

Aku : Auntie ada apa-apa ubat bagi muka nampak tua tak?

Auntie Kino : Aiyoo!Olang mau nampak muda, mana ada mau nampak tua..bagus la meh baby face..

Aku : I nak nampak dewasa...taknak muka budak sekolah.

Auntie Kino : You kerja hari-hari, lama-lama nanti asyik stress je nanti muka semua nampak tua..

Aku : Hahah..

Ini bukan pertama kali orang kata aku budak baru habis sekolah.
Beberapa minggu lepas aku keluar minum dengan adik aku yang baru lepas SPM.
Makcik kedai tu tanya, "Kembar ke?"
Padahal muka kami sangat lain.
Adik aku cerah, aku gelap.
Adik aku kurus-cekeding, aku gemuk-gedempol.

Haih..
Tiada ke orang yang nak tegur muka aku macam Miranda Kerr ke..
..sedap sikit hati aku mendengar.

Photobucket

11 ulasan:

  1. hg dah umur 25? alahai, aku baca blog ni aku mati matian ingat hg muda dari aku. hehe :p

    BalasPadam
  2. kenapa entry bru aku pn cerita benda yg sama? btw camba tu apa?

    BalasPadam
  3. mirachantek,yekerr??

    fatimah ali,ya, otak aku otak budak-budak, aku mengaku.

    wun,ya-ya, aku ada baca..aku setuju pada kesimpulan yang kau buat iaitu;
    T-shirt warna warni + jeans lusuh + tudung bawal + bag pack + selipar = 18 tahun.
    Baju kurung berlabuci + pashmina + hand bag + wedges = 24 tahun.

    BalasPadam
  4. hak2. ok la tu orang dah cakap muda... :P

    BalasPadam
  5. aleen, tak ok bagi aku.

    BalasPadam
  6. masalahnya kau belum pernah stress yang sangat2.

    pemalu pun salah satu sebab kau nmpk muda.tak caya tgok muka orang yang buat2 malu tak hengat dunia tu..

    BalasPadam
  7. ghost writer,aku hari-hari stress sebenarnya walaupun benda kecil.haha!aku bukan pemalu, aku cuma kurang keyakinan diri.

    BalasPadam
  8. suara kau pun sweet.

    BalasPadam
  9. Oh hai Miss Kerr!

    BalasPadam
  10. miranda kerr lah you ni. ouch.

    BalasPadam