21.1.12

Sihat

Seorang wanita membeli pencuci mukanya.
Di tepi kaunter farmasi itu, bersusun bekas-bekas buah prune dengan jenama yang terpaksa aku rahsiakan kerana tidak membayar royalti kepada aku.
Anak wanita itu merenggek mahukan prune itu, "Mama, nak ni..nak ni.."
Wanita itu cuba memujuk anaknya, "Tak boleh makan ni..masam..jom kita makan kfc".
Anak wanita itu tetap merengek, "Mama, nak..mama, nak..".
Wanita itu masih cuba memujuk anaknya, "Jom kita makan ais krim mcd.."

Untuk pengetahuan anda, buah prune itu bukanlah dijerukkan tapi buah prune yang telah dikeringkan di bawah cahaya matahari, bagi aku ia lebih menyihatkan dari kfc dan aiskrim mcd. Buah prune bukan sahaja mengandungi serat yang tinggi malah ia kaya dengan antioksida.

Kesimpulannya : Jadilah macam mak aku yang selalu belikan prune untuk anak-anaknya. Seorang emak juga perlu menjadi seorang ahli nutrisi yang berjaya.

Photobucket

8 ulasan:

  1. mak aku juga jenis pesen belikan prune utk anak2nya dulu namun prune itu hanya dipandang sebelah mata saja

    BalasPadam
  2. Apa nama jenama prune tu?

    BalasPadam
  3. weh...
    merenGGek ke.... menreNGEk ?

    BalasPadam
  4. dan aku rasa aku boleh jadi emak yang berjaya dalam bab nutrisi ni sebab aku agak care pasal ni semua.
    huhuhuhu
    semoga berjaya kepada diri

    BalasPadam
  5. nasyrun,hahaha..tekak yang gagal dididik menyulitkan fungsi mata.sedap kot..

    bale, sunsweet.

    mirachantek,entah ar..mase aku taip entri ni aku tengah ngantuk gila malas nak periksa ejaan.hahah..semoga..

    BalasPadam
  6. ya betul aku setuju
    memang sedap

    BalasPadam
  7. ....dan berharap nutrisi dalam badan kau semakin baik.

    BalasPadam
  8. bila jauh dari mak, nutrisi dalam badan aku semakin berkurangan.heh..

    BalasPadam