17.1.12

Sayur-mayur

Aku teringat satu peristiwa sebaik sahaja membaca entri pok amai-amai bertajuk
basuh otak.

Ketika itu aku baru darjah 6.
Seorang cikgu bahasa inggeris bertanya "What is your ambition?"
pada setiap seorang murid di dalam kelas tersebut.
Bila sampai giliran aku.
Cikgu itu tanya, "What is your ambition Amalina?"
Dengan penuh keyakinan aku berdiri dan menjawab "I want to be a vegetarian"
Cikgu itu terdiam dengan muka keliru kemudian berkata, 
"That's not an ambition Amalina, vegetarian is people who only eat vegetable, 
they don't eat meat or anything from animal, are you sure?"
Aku malu dan berkata, "Eh..bukan..saya nak jadi doktor haiwan".
Cikgu itu balas "Oh..doktor haiwan is veterinarian".
Semua pun ketawa.

Photobucket

11 ulasan:

  1. Hahahahahahaha!

    Abis tu, tercapai tak cita-cita tu?

    BalasPadam
  2. tak, walaupun pernah bercita-cita menjadi doktor haiwan, saya seorang yang takut memegang haiwan selain kucing yang dewasa dan remaja.pernah bela hamster tapi tak pernah pegang, pernah bela kura-kura tapi tak pernah pegang.pernah bela ikan, tapi tak pernah pegang.

    pengecut dan pengeli.

    BalasPadam
  3. kau patut dapat keje kat bahagian kaunter klinik doktor hewan. :)

    BalasPadam
  4. aku tak pernah nak jadi vegie.

    daging amat sedap!

    BalasPadam
  5. sekarang cita cita kamu masih sama atau sudah bertukar?

    BalasPadam
  6. sekarang tiada cita-cita.redah je.

    doktor haiwan tu cita-cita dari darjah 5 sampai tingkatan 1 je..lepas tu aku tukar cita-cita kepada ahli forensik.pertama kali masuk kelas bio,baru je tengok sel bawang.terus beberapa hari tak makan bawang.seminggu lepas tu, aku lari sekolah teknik meninggalkan cita-cita ahli forensik.

    hahahah!(gelakkan diri sendiri)

    BalasPadam
  7. kemain, pencinta haiwan ke ni? hikhik

    BalasPadam
  8. llavender harum wangi,haha takdela pencinta sangat pun..

    BalasPadam