Kami berempat naik lif(aku,dua orang adik aku dan bapa aku)
Sebelum masuk, bapa aku tersepit pada pintu lif bilamana pintu lif tutup segera.
Masih boleh diselamatkan oleh punat berbentuk < >.
Adik lelaki aku sedang memegang kaca lutsinar sebesar sedepa manusia dewasa.
Kami mahu ke kedai cermin berhampiran untuk memotong beberapa inci kaca itu.
Lif bergerak turun.
Aku berkata, "Along pernah kena kepit dengan pintu LRT..orang lain jalan pintu tu taknak tutup, Along nak masuk je pintu tu tutup sampai tersangkut beg..hahah"
Dua orang adik aku hanya senyum sinis berbaur rasa jengkel pada aku yang dari tadi tidak berhenti bercakap bak kata mak aku,"macam buntut ayam"(walaupun secara relevannya buntut ayam tidak bercakap).
Tiba-tiba, bapa aku meraba-raba poketnya.
Abah berkata, "Eh..mana kunci kereta?"
Tiba-tiba, lampu lif terpadam.
Bagaikan seorang wirawati sejati, aku mengeluarkan telefon bimbit aku yang dilengkapi dengan lampu suluh. Pada saat getir itu aku merasakan tiada telefon canggih yang dapat menandingi kehebatan telefon murah aku.
Pada saat getir itu juga aku mendapat inspirasi untuk menubuhkan sebuah kumpulan kugiran bernama Panik Dalam Lif dengan genre seakan Cuak Di Disco tapi dengan sedikit unsur ketimuran dengan menyelitkan muzik gamelan.
Tiba-tiba, pintu lif terbuka setelah sampai di tingkat yang kami tujui.
Adik aku yang memegang kaca keluar dan tiba-tiba pintu menyepit badannya.
Keseimbangannya terjejas.
Kaca itu berderai, selamat tiada kecederaan berlaku.
Kami berempat naik semula, adik aku mengambil kaca yang lain untuk dipotong.
Kaca itu selesai dipotong.
Kami keluar dari kedai kaca.
Sepapan signbord terlekat pada sebuah bangunan berhadapan kedai itu menarik perhatian kami bertulis PERSATUAN PEMBANTAI-PEMBANTAI SEL. DAN W.P. di bawahnya dengan saiz tulisan yang sedikit kecil bertulis SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN BUTCHER ASSOCIATION sedikit sebanyak menjawab persoalan kami.
Kesimpulannya : Kesalahan adakalanya menghiburkan sepertimana kesalahan penterjemahan di papan tanda yang menghiburkan orang ramai. Mentertawakan diri sendiri juga menghiburkan lagi-lagi apabila orang lain tidak mampu mentertawakan anda.
P/S : Perkataan 'tiba-tiba' tidak semestinya digunakan bagi meyelitkan unsur suspen, ia juga boleh digunakan dalam keadaan santai dan bersahaja.
Contoh ayat : Tiba-tiba, aku mengantuk.

okay,aku leh dengar lagu dari panic at the disco sambil habiskan bacaan nih..ada sesuatu yang tak kena bila yang lain macam cool jer.patut adukan pada jawatankuasa bertindak flat korang tentang masalah lift selalu blackout.
BalasPadam'tiba-tiba' aku tersedar,yang aku jarang membaca papan tanda.
aku sarankan kau dengar Build God, Then We’ll Talk kerana itu lagu mereka yang paling aku suka.tiada yang tidak kena pun, mereka cuma keletihan. silap, rumah aku tiada lif.aku tidak tulis yang kami berada di rumah..
BalasPadamtiba tiba, aku gelak
BalasPadami cant take my mind of u..(lagu ini sudah berulang-ulang,sangat menyedihkan)
BalasPadammirachantek,tiba-tiba, aku menari.
BalasPadamghost writer, aku cuba google lagu yang kau cakap,tak jumpa pun..ade ke lagu panik di disko bertajuk itu?
tiba-tiba ja aku taip tiba-tiba
BalasPadamtiba-tiba aku taip-taip.XP
BalasPadam