12.1.12

Huruf R

Aizat pulang dari sekolah, aku sedang siapkan benda yang aku post dalam entri semalam tu, ya masih.

Aizat : Kenapa nangis?

Aku : Bukan, selsema la..

Aizat pergi mandi kemudian datang kembali.

Aizat : Along reti sebut R tak?(padahal dia tahu sebutan R aku selalu kantoi)

Aku : Reti..

Aizat : Cuba sebut..

Aku : R

Aizat : Tengok tu tak boleh sebut..hahah(gelak konon, sepak kang)..Along nak tahu macam mana nak bagi Along sebut R betul?

Aku : Cane?

Aizat : Along amik sudu plastik lepas tu Along korek lidah, keluarkan air lidah..nanti keluar benda putih-putih. Benda tu sebenarnya bagi lidah jadi berat, sebab tu Along susah nak sebut R.

Aku : Hahahaha!

Aizat : Tapi kalau Along nak pakai sudu besi pun boleh..

Aku : Hahahah!Mana Aizat tahu ni?

Aizat : Aizat tahu la..kalau Along tak percaya, Along pergi tengok buku kesihatan..

Aku : Haha!memandai je..

Aku rasa ini sangat lucu dan kelucuan ini aneh.

Aku rasa sebutan huruf R aku tidaklah seteruk mana.
Tak percaya, dengarlah audio di bawah, aku siap rekod lagi bagi menjawab persoalan kalian.



Taklah teruk pun kan?

Photobucket

14 ulasan:

  1. mesti Ferrari akan berbunyi seperti pelali.hahaha!

    BalasPadam
  2. comel gila suara ko :p

    BalasPadam
  3. suara sexxayyy. hihi ^^

    BalasPadam
  4. ghost writer, aku sebut ferari tak seteruk itu yek..sila rujuk rakaman audio yang disertakan.

    wun, sebenarnya suara aku lebih comel daripada ni tapi disebabkan aku sedang mengalami selsema dan batuk, kecomelan itu agak terjejas.

    fatimah ali, seksi itu berlaku berikutan sakit kerongkong akibat terlampau banyak batuk.bermakna seksi itu secara tidak sengaja.

    BalasPadam
  5. nama aku ada R. tak apalah, biar kekal nveil. tak ada R.

    BalasPadam
  6. aku tahu, nama kau rosmah.

    BalasPadam
  7. ah...aku cuba nak dgr suara seksi+manja kau spt yg digembar-gemburkan tapi tak boleh buat masa ni...nanti lah...btw, KARI kau sebut KALI ke? RASA kau sebut LASA? la...la...la

    BalasPadam
  8. ah kau, same macam ghost writer.aku tak seteruk tu ok.hahah!

    BalasPadam
  9. R ke al... keh keh keh

    BalasPadam
  10. amboi-amboi gelakkan aku(berkata dengan muka makcik-makcik)

    BalasPadam
  11. "R...R...R...Ready...Raksakse..."

    hahaha

    BalasPadam
  12. hahah..first tu aku cakap radio bukan ready

    BalasPadam
  13. felelo locher mende?
    huhuhu

    BalasPadam
  14. hahahah!(gelakkan diri sendiri)

    BalasPadam