Sambutan peralihan tahun kalender Gregorian pada kali ini merupakan sambutan tahun baru yang teraneh pernah aku lalui setakat ini.
Aku bersama ahli keluarga dan jiran tetangga menunggu detik dua belas sambil berbual-bual dan mengisi perut.
Pada detik dua belas, berdas-das bunga api berderai di udara.
Kemudian, kami bersalam-salaman sambil mengucapkan "Happy New Year".
Ya, bahagian bersalaman ini adalah yang paling janggal bagi aku.
Beberapa minit kemudian aku cuba mengusik seorang kanak-kanak yang baru aku tahu adalah anak jiran sebelah rumah aku, setelah sekian lama kami berjiran.
Lebih aneh lagi adalah kakak jiran sebelah rumah aku itu bertanya pada mak aku "Kak,ni anak akak ke?tak pernah nampak pun.."(merujuk pada aku).
Mak aku menjawab, "Dia mana keluar, dia duduk dalam bilik je.."
P/S : Aku bukan tak keluar rumah cuma aku pakai sut halimunan setiap kali keluar rumah, kalau aku terlupa pakai sut halimunan, aku akan berjalan sepantas kilat untuk menyembunyikan identiti.
P/S : Aku bukan tak keluar rumah cuma aku pakai sut halimunan setiap kali keluar rumah, kalau aku terlupa pakai sut halimunan, aku akan berjalan sepantas kilat untuk menyembunyikan identiti.
Malah lebih janggal lagi, hari itu merupakan hari terakhir jiran aku itu menjadi jiran aku kerana dia akan berpindah rumah.
Hari terakhir baru aku kenal.
---
Pernah masa aku masih belajar dulu, masa tu aku duduk kolej dan semua budak kolej tidak dibenarkan balik dan dipaksa menyambut tahun baru di stadium universiti.
Aku dan seorang lagi kawan aku duduk dalam bilik.
Aku setting printer yang baru dibeli, dia pula bermesej di atas katil.
Pada detik dua belas, bunga api berderaian di udara.
Dia memanggil aku untuk menonton bunga api bersama.
Aku kata, "Aku tak suka bunga api".
Dia keluar ke koridor menonton bunga api seorang diri.
Memandangkan kami baru kenal ketika itu, aku tidak tahu yang detik dua belas malam itu juga merupakan ulangtahun kelahirannya.
Sekarang, aku sangat-sangat-sangat sayang dia.
(berkata dengan sinar kejujuran memancar di mata dengan sedikit kemerahan di pipi)
(berkata dengan sinar kejujuran memancar di mata dengan sedikit kemerahan di pipi)
Kami pernah melihat pelangi yang sama sepertimana yang aku pernah ceritakan di sini.
(ni pun nak beritahu juga)
(ni pun nak beritahu juga)
Kepada kalian,
selamat menghadapi dua ribu dua belas bagai seorang wiraperkasa hitam.
selamat menghadapi dua ribu dua belas bagai seorang wira

selamatlah juga untuk segalanya.
BalasPadamaku tengah saving duit utk ke dentist. kau nak join?
hhee , hepi new year ,
BalasPadamAnak dara Yang baguih.. Haha..
BalasPadamcau cerita macam member kau tu dah lama pergi.
BalasPadammirachantek, aku rasa gigi aku dah sempurna, tidak perlu diperbetulkan.aku dah serik pergi dentist, aku pernah pergi scaling sekali,lidah aku tertolak mesin tu pastu terkena kat gigi depan bawah, gigi terpatah sikit.sedih..walaupun tak nampak tapi bila tengok betul-betul nampak.selamat tahun baru.
BalasPadamnalisa syahira,happy new year. :)
balecan, hahah..baguih la sangat..malas aku nak bukak pekung di dada kang kau muntah darah kang..
headmaster,cau cincau..pelat-pelat pulak..hahah!kau je rase camtu..