SMS pertama yang aku terima pada detik dua belas malam:
RM0.00 KBS: SLMT HARI LAHIR,
Semoga sentiasa sihat & ceria.
Negara bangga mpunyai belia spt anda.
Salam Mesra Dato' Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia & Skn.
24-Jan-2012
12:01:15 am
Ha-ha!
Betul ke bangga?
--
Beberapa hari lepas seorang budak di tempat aku bertanya,
"Berapa tahun?"
Aku jawab selamba,
"25(saja aku katakan 25 walaupun masih 24 ketika itu)"
Budak itu balas dengan muka terkejut dan mata terbeliak,
"Huh?!Tuanya!!"
Ha-ha!
Terima kasih sebab buat aku rasa tua, budak kecil.
--
Beberapa hari lepas aku baru masuk kerja.
Bos memperkenalkan aku kepada seorang pekerja.
Bos berkata, "Lolo(bukan nama sebenar), perkenalkan ni Amalina".
Sambil menghulurkan tangan pada Lolo(bukan nama sebenar) aku berkata, "Hi".
Sambil bersalam Lolo(bukan nama sebenar) berkata, "Panggil je Kak Lolo".
Aku bertanya pekerja lain berapakah umur Lolo(bukan nama sebenar).
Lolo(bukan nama sebenar) berumur 19 tahun.
Ha-ha!
Terima kasih kerana buat aku rasa muda, budak kecil.

haha.. besday hg ka??
BalasPadamhappy besday amalina! aku ingat hg tengah tggu result spm..wakaka..
may Allah bless u!
hepi birthday.
BalasPadamada dua level kau patut sedar diri.
BalasPadamkau tua dengan budak kecik.
kau muda dengan budak perasan matang.
err..hepi besday!!!!
kau 25 ke.
BalasPadamhai, kak ;p
selamat dua puluh lima
hbty
BalasPadambale,terima kasih.budak tunggu spm, aku sudah biasa dikata begitu,sampai ada makcik kedai tanya aku dan adik aku yang spm tu kembar ke..padahal jauh bezanya.
BalasPadamterima kasih samuraigila.
ya,ghost.begitulah.err..terima kasih.
terima kasih adik mirachantek.
tq pak lang.
Mesti hg dapat byk pensel 2HB kan .. Haha
BalasPadamtak.apesal aneh lawak kau ni..T_T"
BalasPadam1.selamat harijadi (walaupun kenapa hariJADI walhal masa dalam perut pun dah 'jadi')
BalasPadam2.kenapa kau dapat sms dari kbs
1.terima kasih
BalasPadam2.entah,aku pun tak tahu.wakil rakyat pas tempat aku juga bagi sms hari lahir.tapi lambat sikit ucapannya sampai.hahah