12.12.11

Telefon bimbit

Aku pakai dua telefon.
Satu telefon lama mak aku yang mahu dihumbannya ke dalam tong sampah
dan lagi satu telefon lama adik aku yang juga mahu dihumbannya.
Telefon lama adik aku itu adalah telefon bisu.
Ia tidak boleh berbunyi dan tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan,
hanya boleh digunakan untuk bermesej sahaja.

Disebabkan adik aku kesian dengan kesulitan yang aku hadapi, dia berkata,
"Along, hp ni ada warranty lagi, saya beli tahun lepas, pegi ar suh die repair rosak tu"
(kata adik aku sambil menghulurkan kad jaminan telefon itu)

Aku melihat kertas jaminan dengan tarikh pembelian 28 Disember.
Jadi masih sempat lagi.

Tiga minggu lepas aku ke kedai telefon dimana adik aku membeli telefon itu.
Jiran sebelah kedai berkata, "Kedai tutup,isteri dia beranak".

Kemudian, semalam aku pergi lagi.
Aku tunjukkan kad jaminan bersama telefon bisu itu.

Katanya, "Ini ada rosak, masuk air ka jatuh ka..saya pun tak tahu..tapi kalau you nak guna warranty pun tak boleh..ini 2009, sekarang dah 2011.sudah dua tahun..lagi, orang sekarang takde pakai ini model punya.."

Aku malu dan berlalu pergi.

Selama adik aku bagi kad jaminan, aku cuma tengok tarikh dan bulan pembelian sahaja, tahun aku endahkan.

Ha-ha-ha.
Menyedihkan..
Pathetic giler rasa.
Ha-ha.

Photobucket

7 ulasan:

  1. patut kau lekat warranty card tuh kat dahi adik kau..

    BalasPadam
  2. haha!senang wey tipu orang cam aku ni..tipula.tipula.(gedik)

    BalasPadam
  3. haha! aku turut simpati. kenapa kau lupa akan hal penting tu?

    BalasPadam
  4. "tengok sana...ada burung wakwak..."

    BalasPadam
  5. BonekadalamChermin, aku sendiri pun tak tahu model apa.yang pasti nokia tanpa warna.

    misz eyla,hahah!entah.

    pak lang, yang mana satu?

    BalasPadam
  6. "yg sedang menunggu teksi..."

    BalasPadam