25.12.11

Silap

Aku baru keluar tandas.
Aku ambil botol berpenutup hijau di atas meja, aku curahkan ke tapak tangan.
Berminyak.
Aku terkejut.
Ini adalah minyak zaitun jenama Safi.


Ini pula Instant Hand Sanitizer jenama Dettol.

Aku tersilap ambil.

Kesimpulannya, manusia dan kesilapan bagai air dan manusia 
(konon buat perumpamaan tapi hasilnya sampah)
terutamanya pada sesuatu yang mengelirukan macam 
keliru membezakan antara perayaan keagamaan dan perayaan kaum.

Perayaan Natal/Krismas disambut oleh penganut agama Kristian bagi meraikan kelahiran anak tuhan iaitu Jesus Christ yang kononnya lahir pd 25 Disember.
 Jadi, ucapan "Selamat Hari Natal/Merry Christmas" bersamaan dengan 
"Selamat menyambut hari kelahiran Jesus Christ".
Ianya adalah perayaan keagamaan.
Jadi, menjadi satu kesalahan bagi penganut Islam mengucapkan
"Selamat Hari Natal/Merry Christmas".
Tidak salah untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina/Happy Chinese New Year" kerana ia adalah perayaan kaum.

Aku cuma mahu berkongsi di sini, aku sendiri pernah buat kesalahan sama.
Banyak benda besar orang sekarang endahkan, benda kecil sebegini pasti ramai yang meremehkan.

Ermm..
Sebab kesilapan kecil aku terambil botol yang salah, kuman E.coli di tangan aku tidak mati.
Ya, kuman memang tidak terlihat dengan mata kasar tapi banyak penyakit meragut nyawa berpunca dari kuman.

Kan?
Kau rasa macam mana?

Photobucket

4 ulasan:

  1. Owhh.. minyak zaitun tu sangat berminyak.. aku tak suka pakai tapi aku terpaksa juga pkai sebab org kata baik untuk rambut berkelemumur.

    Ohyeah.. aku xpernah plak tahu Dan sambut krimas.

    BalasPadam
  2. aku pakai kat rambut takdelah berminyak pun,aku guna sebab aku tak pakai conditioner.

    BalasPadam