23.12.11

Nasi Lemak Ayam

Masa darjah 4, aku mengikuti lawatan ke KL Tower, Muzium Negara dan Planeterium.
Kalau tak salah aku, masa tu KL Tower baru dibina.
Bangun pagi, mak aku masakkan nasi lemak ayam.
Dia masukkan dalam bekas sebagai bekalan aku.
Aku masukkan dalam beg.

Ketika dalam perjalanan, aku tersedar yang :
Sambal ayam tu meleleh dan melimpah keluar dari bekas sehingga terkena beg galas aku.
Disebabkan aku malas nak handle sambal yang meleleh tu, aku biar je beg tu dalam bas.
Disebabkan aku rasa bersalah kerana tak makan nasi lemak tu, aku rasa bersalah untuk membelanjakan duit RM 20 yang mak aku berikan untuk membeli makanan.
Jadi, aku biarkan diri aku kelaparan.

Masa dalam KL Tower, rombongan kami asyik terserempak dengan pasangan yang asyik melakukan ciuman Perancis sambil turun naik mengelilingi KL Tower.
Pasangan itu sangat menonjol kerana lelaki Eropah itu sangat tinggi.
Kemudian, ada teropong yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
Ketika aku melihat pemandangan melalui teropong, aku cuma katakan "Tak menarik pun.."

Di muzium negara,......(terdiam)
Aku tak ingat apa-apa.

Ketika di Planeterium, aku cuma teruja dengan bilik gelap yang dipenuhi lampu seakan bintang.
Aku menegur seorang budak bernama Intan yang asyik menyalin butir-butir keterangan yang bertulis pada subjek-subjek dalam bilik pameran itu.

Aku penat dan lapar sepanjang lawatan yang aku kira pointless itu.
Sampai sahaja di rumah, aku makan nasi lemak ayam yang mak aku bekalkan, selamat tak basi lagi.
Aku rasa mak aku mesti terkecil hati sebab aku tak makan di sana.
Entahlah..aku pun tak tahu apa yang aku buat tu satu kesalahan ke tak.

Apa sekali pun, terima kasih emak untuk semuanya.

Kadang-kadang aku sendiri keliru sesuatu tu salah atau tidak, macam aku bertindak untuk memudahkan diri, tapi kemudian aku sedar ia memberi kesan kepada emosi orang sekitar aku, sedangkan dalam diam aku berusaha untuk mengurangkan rasa bersalah tu. 
Kemudian, orang tu rasa tidak dihargai dan aku juga rasa tidak dihargai.
Perkara sebegini sudah banyak kali berlaku pada aku, cuma yang aku berikan ini hanya contoh yang kecil.

Pada kebanyakkan masa aku kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain dalam membuat keputusan, tidak kurang juga yang melabelkan aku sebagai sombong. (ini bukan sesuatu yang membanggakan untuk ditulis di dalam sebuah blog yang dibaca oleh orang awam)

Ketika lawatan masa tadika dulu, budak duduk kerusi dekat dengan kerusi aku dalam bas, 
muntah dalam topinya.
Penuh satu topi.(bercerita dengan muka beria-ia)
Muntah penuh satu topi bukanlah sesuatu yang menyelerakan sepertimana coklat penuh satu topi.(cuma beritahu)

Aku pun tak pasti kenapa aku ceritakan semua ni pada kau, mungkin aku dah jatuh cinta pada kau.
Ya-ya, kau. Bukan-bukan, kau la..ishh..bukan kau. 
Kau tu yang sedang membaca ni.
Isshh..bukan kau, maksud aku kau yang sedang buat muka keliru tu.
Ishh..susah betullah nak tunjuk, ramai sangat.

Hahah!
Mesti keliru kan?

Photobucket

13 ulasan:

  1. kau terlupa nak cerita yg kau pun muntah jugak bila tengok budak tu muntah, kan...dan kau tak ada topi jadi kau pun muntah dalam topi budak tu jugak dan budak tu terus termuntah bila tengok kau muntah dalam topi dia dan kau pun muntah lg bila tengok budak tu muntah...aksi ini berlangsung sehingga lah bas berhenti dan masing2 turun dari bas

    BalasPadam
  2. ok, pak lang..komen kau buat aku nak muntah atas muka kau.

    BalasPadam
  3. masa uncle darjah empat bukan setakat KL tower je belom ada.... semua benda belom ada....


    YA! uncle lahir zaman dinasor!

    BalasPadam
  4. bunny svarowski ni sangat nakal gayanya.

    ahh aku lupa lagi namanya.





    dulu mak aku bawak pegi KL Tower tu la jugak family outing. sumpah bosan....
    nampaknya bukan aku sorang yg merasakannya

    BalasPadam
  5. uncle gedek, uncle taklah nampak tua sangat.hahah!

    mirachantek, kau sebut nama arnab tu macam nama batu.namanya tuzki.tapi aku pernah dengar yang restoren berputar di atasnya menarik.

    the naked writer dan pok amai-amai, aku pun keliru.

    BalasPadam
  6. TUZKI! yah itulah namanya yang ku cari.



    anyways aku penah ngedate kat situ.

    agak best.

    mahal.

    nasihat : kalau ada duit banyak rasanya nak buang2 pergilah, ataupun kikis duit jantan kaya. hahahahaahahahahahaha

    BalasPadam
  7. Aku kah yg hg suka tu sebab aku blur ni. Haha. Tapi sebenarnya hg masa tu malu kan nak makan bekalan nasik lemak ayam yg meleleh tu kan.. hg keliru pastu hg rasa serba salah plak

    BalasPadam
  8. susah aku nak tunjuk sebab ramai yang keliru kat sini.
    ha..betul la interpretasi kau tentang rasa aku terhadap nasi lemak ayam tu.hahahah!

    BalasPadam
  9. aku tahu lah! sebab aku pun macam tu dulu. tapi sekarang tidak lagi! aku tak pernah malu lagi. sebab tiada yang lagi penting dari masakan ibu. wakaka.. baru aku sedar itu!

    BalasPadam