Mungkin matahari keluar kejap lagi,awan akan berhenti menangis.
Mungkin akan muncul pelangi.
Mungkin masa munculnya pelangi,ketika itu aku sedang tidur.
Mungkin aku akan berjalan dalam tidur merentasi pelangi tu.
Mungkin ada seseorang datang, tarik pelangi tu dan menggulungnya macam tikar.
Mungkin masa tu aku jatuh dan tercedera.
Mungkin seseorang yang baik hati datang mahu menolong aku.
Mungkin dialah yang telah menarik dan mengulung pelangi tadi.
Mungkin dia tidak perasan aku berada di atas tadi.
Mungkin warna pelagi itu terlalu fluorescent sehingga menghalang pemandangannya.
Mungkin dia akan berikan aku pelangi yang digulungnya tadi.
Mungkin aku akan jadikan pelangi itu sebagai selimut.
Mungkin warnanya terlalu terang untuk dijadikan selimut.
Mungkin aku patut cairkan warnanya dengan peluntur.
Mungkin warnanya akan hilang, walaupun ia bukan diperbuat daripada benang.
Mungkin setelah meluntur, aku jemurkan di ampaian.
Mungkin aku akan sambung tidur dalam tidur itu.
Mungkin aku bangun dari tidur dan dapati pelangi itu sudah hilang.
Mungkin pelangi tu sudah menyerap masuk ke dalam aku ketika melunturnya tadi.
Mungkin aku patut cairkan warnanya dengan peluntur.
Mungkin warnanya akan hilang, walaupun ia bukan diperbuat daripada benang.
Mungkin setelah meluntur, aku jemurkan di ampaian.
Mungkin aku akan sambung tidur dalam tidur itu.
Mungkin aku bangun dari tidur dan dapati pelangi itu sudah hilang.
Mungkin pelangi tu sudah menyerap masuk ke dalam aku ketika melunturnya tadi.
Mungkin aku patut berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.
P/S : Mungkin, ada satu perkataan mungkin di atas yang aku eja dengan 'g' yang ditinggalkan. Mungkin tiada seorang pun yang sedar dan kemungkinan ada yang akan mencari dimana munkin itu.
Selamat menghadapi hari yang penuh dengan kemungkinan.

dah jumpa "g" mana yg hilang.
BalasPadammunkin pelangi hg ilang sebab aku yang curik masa di ampaian..
BalasPadammungkin boleh jadi juga..
samuraigila,mungkin kau kelentong aku.
BalasPadambalecan, mungkin kau tertinggal 'g' dalam satu mungkin daripada dua mungkin dalam komen kau.
Hujung2 pelangi tu ada pot berisi penuh syiling emas kan? Ada usha tak?
BalasPadamtak sempat nak usha kerana fokus pada kecederaan.patutlah orang tu sanggup berikan pelangi rupanya dia sudah dapat yang lebih baik.
BalasPadammungkin aku patut komen.
BalasPadammunking
BalasPadammungkin...ya ini adalah komen aku
BalasPadammungkin sy mmg takkan cri g hilang tu , hewhew ,
BalasPadamaku barusan saja lukis pelangi tadi malam untuk aku berikan pada kawanku yang berharap pelangi kan muncul untuk menceriakan harinya.
BalasPadammungkin...
BalasPadamlavender harum wangi,mungkin juga tak patut..
BalasPadamnasyrun si peminat k-pop.
pak lang,mungkin aku dah tahu.
nalisa syahira,mungkin kau sebenarnya mencari.kenapa gelak macam beaver?
mirachantek,apesal manis sangat, nak kena potong kaki?
balecan,mungkin tak.