Adik aku ada jamuan bersemperna tamatnya peperiksaan SPM bersama-sama rakan sekelasnya. Dia memegang beg plastik berisi beg kertas pelbagai corak.
Adik aku kata, "..untuk isi cenderamata"
Mak kata, "Macam pelik je bunyi cenderamata, cenderahati la.."
Adik aku kata "Cenderahati, cenderamata..lebih kuranglah".
Aku kata, "Souvenir".
Mak aku kata, "Tu bahasa inggeris"
Aku kata, "Cenderahati tu kalau masuk pertandingan..yang kalah tu dapat saguhati..eh..bukan..tu saguhati", dengan muka yang lebih keliru.
Mak kata, "Lagi complicated dah.."
Adik aku, mak aku dan aku, gelak bersama.
---
Aku semak di laman web Dewan Bahasa & Pustaka dan aku jumpa ni :
Betul la, mak dan adik aku kata cenderahati ataupun cenderamata pun betul, cuma kedengaran janggal kerana tidak biasa digunakan.
Aneh sekali bila kita sendiri janggal menggunakan bahasa kita sendiri dan lebih selesa menggunakan perkataan dari bahasa Perancis, "souvenir".
Aku bukan cuba memperkatakan tentang memartabatkan bahasa pun..cuma aku mempertikaikan kejanggalan menggunakan perkataan-perkataan tertentu terutamanya bila terselit sebutan organ manusia seperti mata dan hati bagi merujuk pada benda.
Agaknya perkataan cenderamata dicipta berikutan objek itu untuk tatapan mata macam bingkai gambar, lukisan dll. manakala perkataan cenderahati pula dicipta kerana objek itu membawa kenangan yang terpahat di hati.
Kesimpulannya, begitulah seninya Bahasa Melayu, tersurat tersirat perkataannya.
Cewah!

cenderakaki - suatu barang kenangan yang mulanya diterima dengan baik dan kemudian dijadikan sebagai alas kaki.
BalasPadamkalau sebut laju boleh menjadi cederakaki yg membawa maksud 'kaki yang tercedera' dan bukan kaki yang didera.
Mmm...
BalasPadamAda yang masih ambil kisah ke?
klu anak adalah cahayamata yer murid2
BalasPadamghost writer, itu memang lucu.
BalasPadamfara, ada..saya yang ntah pape ni..
naniezara,ya..cikgu nanie yang kiut.
rupanya CENDERA itu bermaksud LENA
BalasPadamaku tak faham ghost =..=
BalasPadampak lang,oh..klasik.
BalasPadamsrisegala, cuba kau baca berulang-kali, pasti faham.
lama tak ke sini.
BalasPadamkamu masih sama ya penulisan yang masih punya isi biar pun kadang kadang yang membaca sukar nak memahami.
eh,mana blog yang lagi satu tu?
pembunuh tanpa bayang, aku dah delete blog tu..bukan banyak idea pun nak blog banyak..
BalasPadam